More

    OnePlus 12 mungkin dilancar pada Disember 2023

    Nampaknya, keluaran OnePlus 12 dijangka tiba pada bulan Disember 2023 dan khabar angin mengenai spesifikasinya telah mula didedahkan. Seperti biasa, ini hanyalah jangkaan yang masih tidak diumumkan secara rasmi daripada OnePlus sendiri.

    Menurut sumber, OnePlus 12 akan mempunyai skrin AMOLED QHD+ LTPO 6.7 inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz. Ia akan dikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen 3, yang akan diumumkan pada bulan Oktober, RAM LPDDR5X 16GB dan storan UFS 4.0 256GB .

    Di bahagian belakang terdapat tri-kamera yang terdiri daripada kamera utama 50MP, ultralebar 50MP dan telefoto periskop 64MP. Kamera swafotonya pula membawa sensor 32MP. Sistem operasi yang digunakan adalah OxygenOS 14 berdasarkan Android 14. yang turut menyokong pengimbas cap jari bawah paparan.

    OnePlus 12 akan mempunyai bateri 5,400mAh dengan sokongan pengecasan berwayar pantas 100W dan pengecasan wayarles 50W. Ini sahaja butiran yang kami dapati setakat ini, namun masih ada beberapa bulan lagi untuk butiran rasmi.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: smartprix

     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured