More

    Apple ingin tarik keluar FaceTime dan iMessage di UK atas cadangan perubahan undang-undang pengawasan

    Apple berkata ia akan menarik perkhidmatan FaceTime dan iMessage di United Kingdom (UK) jika merancang untuk meminda undang-undang pengawasan yang memerlukan syarikat teknologi membuat perubahan keselamatan dan privasi utama diteruskan.

    Kerajaan UK merancang untuk mengemas kini Akta Kuasa Penyiasatan (IPA) yang berkuat kuasa pada 2016 di mana Akta Parlimen membenarkan Pejabat Dalam Negeri British memaksa syarikat teknologi untuk melumpuhkan ciri keselamatan seperti penyulitan hujung ke hujung, membolehkan penyimpanan rekod penyemakan imbas internet dan membenarkan pengumpulan pukal data peribadi.

    Kerajaan UK memulakan proses perundingan selama lapan minggu mengenai cadangan pindaan kepada IPA terbuka kepada badan profesional, kumpulan berkepentingan, ahli akademik dan orang ramai. Dengan ini, Apple telah menyerahkan dokumen setebal sembilan muka surat menentang keperluan untuk memaklumkan Pejabat Dalam Negeri tentang sebarang perubahan pada ciri keselamatan produk sebelum ia dikeluarkan.

    Perubahan ini akan menjejaskan produk mereka secara global dan perlu mengambil tindakan segera jika permintaan untuk melumpuhkan atau menyekat ciri diterima daripada Pejabat Dalam Negeri tanpa semakan atau proses rayuan.

    Apple juga menekankan bahawa beberapa perubahan ciri yang diminta memerlukan kemas kini perisian serta memberikan pendedahan serius terhadap keselamatan data dan privasi maklumat yang akan menjejaskan pengguna di luar UK.

    Apple, WhatsApp dan Signal juga menentang klausa dalam Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian yang dicadangkan di UK yang membenarkan pengawal selia komunikasinya menghendaki syarikat memasang teknologi untuk mengimbas CSAM dalam aplikasi pemesejan yang disulitkan dan perkhidmatan lain. Signal telah mengancam untuk meninggalkan UK berhubung perkara itu.

    Adakah ini sebagai satu tindakan keselematan untuk rakyat atau sebaliknya? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BBC

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured