fbpx
More

    vivo Y78 akan dilancar di Malaysia dalam masa terdekat

    Pada bulan Mei lalu, vivo telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan vivo Y78 di Singapura dan kini vivo Malaysia mengesahkan bahawa telefon itu akan dilancar untuk pasaran tempatan dalam masa terdekat.

    Perkara tersebut disahkan dalam akaun Facebook vivo Malaysia, di mana mereka memuat naik sebuah gambar vivo Y78 dengan kapsyen yang mengatakan kehadirannya ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

    vivo Malaysia masih belum mengumumkan varian memori atau harganya untuk pasaran tempatan. Jika dilihat pada versi yang dilancar di Singapura pada beberapa bulan lalu, vivo Y78 dilengkapi skrin AMOLED 120Hz berukuran 6.78 inci, cipset Snapdragon 695, bateri 5,000mAh, pengecasan pantas 44W dan kamera utama 64MP.

    Ini bakal menjadi siri vivo Y terbaru untuk pasaran Malaysia, selepas vivo Y36 5G dilancar pada bulan lalu. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan vivo Y78 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia “A Heartwarming World” kini di Malaysia

    HUAWEI dengan bangga mengumumkan pelancaran Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia bertema "A Heartwarming World – 12 Years of HUAWEI Photography" di Pavilion Sentul...

    TikTok sedang menguji ciri muat naik video selama 60 minit

    TikTok sedang menguji ciri baharu dengan muat naik video sehingga 60 minit dan menjadikannya seperti YouTube. Ciri ini kini tersedia kepada kumpulan...

    Xiaomi akan lancarkan SUV elektrik untuk bersaing dengan Tesla Model Y pada 2025

    Jualan kereta elektrik Xiaomi SU7 meningkat mendadak sejak dilancarkan dan dengan mudah mencapai sasaran jualan sebanyak 100,000. Menurut laporan, Xiaomi kini sedang...

    Yoodo bakal hentikan operasinya pada 29 Ogos 2024

    Dalam menunaikan komitmen aku janji kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan penggabungan CelcomDigi, Yoodo mengumumkan bahawa perkhidmatan mereka akan dihentikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X