More

    realme C51 dilancar: Unisoc T612, RAM 4GB, storan 64GB dan bateri 5,000mAh berharga ~RM582

    Selepas spesifikasi mengenainya tertiris pada minggu lalu, realme telah melancarkan produk terbaharu dalam siri C iaitu realme C51 di China pada harga ~RM582 dalam warna hitam atau hijau pudina. Telefon ini juga dikesan dalam data SIRIM yang menunjukkan ia mungkin dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

    Seperti realme C53, ia membawa ciri Kapsul Mini. C51 menggunakan skrin berukuran 6.7 inci 720p 90Hz dan sistem operasi realme UI T berdasarkan Android 13. Ia dilengkapi dengan cipset Unisoc T612, RAM 4GB dan storan 64GB dengan slot kad mikroSD untuk pengembangan storan sehingga 2TB.

    Di bahagian belakang terdapat kamera 50MP dengan sensor sokongan yang tidak diberitahu butirannya manakala kamera hadapannya membawa sensor 5MP. Seperti kebanyakan telefon pintar lain, ia dikuasakan oleh bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan 33W.

    Buat masa ini, tiada lagi butiran mengenai pelancarannya di Malaysia, tapi kami pasti ia akan dilancarkan sekitar Akhir Julai atau awal Ogos ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Facebook realme

     

    Artikel Terkini

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured