More

    Aplikasi ZCITY x Payung Rahmah tawarkan e-Baucar dan penjimatan untuk rakyat Malaysia

    ZCITY iaitu sebuah aplikasi mudah alih penyelesaian gaya hidup telah menyahut seruan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk melancarkan Kempen Inisiatif Payung Rahmah.

    Kempen ini bertujuan mengurangkan beban kewangan rakyat Malaysia dengan menyediakan e-Baucar bagi barangan keperluan dengan jaminan harga terendah dalam pada masa yang sama menawarkan ganjaran yang menarik.

    Melalui aplikasi ZCITY, pengguna dapat menikmati pelbagai faedah seperti Baucar Petrol, Pembayaran Bil, Baucar Makanan, Baucar Barangan Runcit dan lain-lain kesemuanya dengan harga jaminan terendah. Pengguna ZCITY boleh menerima e-Baucar bernilai RM70 apabila mereka berbelanja sebanyak RM50.

    E-baucar ini boleh digunakan untuk pelbagai keperluan seperti mengisi minyak kenderaan, membeli makanan, membeli barangan runcit dan menyelesaikan bil bulanan untuk perkhidmatan termasuk telekomunikasi, langganan TV, utiliti dan banyak lagi.

    Pakej ini meliputi pelbagai jenis baucar seperti petrol, bil, makanan/minuman dan pembelian barangan runcit. Semua baucar ini boleh ditebus semula secara digital melalui aplikasi mudah alih ZCITY. Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Inisiatif Payung Rahmah dan cara menyertai, sila layari laman rasmi ZCITY atau muat turun aplikasi ZCITY di sini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured