More

    Tips dan panduan menarik pada iPhone yang mungkin anda tidak tahu

    Pada minggu lepas, kami telah berkongsi mengenai logo Apple di belakang iPhone yang turut memberikan beberapa fungsi. Namun, masih ada beberapa tips dan panduan menarik yang mungkin anda tidak ketahui yang boleh digunakan pada iPhone.

    Anda akan mendapati beberapa kawalan pintas yang boleh diletakkan pada pusat kawalan (Control Centre). Beberapa ciri turut menawarkan kawalan mudah seperti Pemasa (Timer) dan lampu flash. Di sini, anda perlu menekan ciri tersebut untuk beberapa saat dan ia akan mengeluarkan kadar kawalan untuk ditetapkan seperti imej di bawah.

    Kemudian, aplikasi Nota (Notes) banyak membantu anda menyimpan data atau nota penting terutamanya dalam bentuk titik (Point). Bagi setiap point yang ditulis, mungkin juga terdapat maklumat sampingan. Tatal sahaja dari kiri ke kanan duntuk menggerakkan maklumat dengan lebih mudah.

    Akhir sekali, tips ini mungkin tidak diketahui ramai orang yang juga boleh didapati pada aplikasi Notes. Anda boleh menekan space bar untuk beberapa saat dan boleh digunakan seperti tetikus seperti dalam video di bawah.

    Tatal sahaja dari kiri ke kanan duntuk menggerakkan maklumat
    Tekan space bar untuk beberapa saat dan boleh digunakan seperti tetikus

    Menarik, bukan? Kongsikan tips dan panduan anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured