More

    Infinix GT 10 Pro akan dilancar pada 3 Ogos 2023, bakal dilengkapi Dimensity 8050, AMOLED 120Hz

    Infinix mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar kelas pertengahan Infinix GT 10 Pro pada 3 Ogos 2023 di India. Perkara tersebut diumumkan dalam sebuah laman web yang turut menunjukkan rekaannya dan beberapa spesifikasi utama.

    Infinix GT 10 Pro akan mempunyai rekaan futuristik bertemakan Cyber Mecha, dengan permukaan belakang lutsinar dan dilengkapi lampu LED untuk hiasan cahaya. Infinix mungkin telah mendapat inspirasi daripada siri Nothing Phone yang memulakan trend telefon dengan cahaya LED di belakang.

    Untuk spesifikasi, nampaknya telefon ini bakal mempunyai komponen yang dikhaskan untuk gaming. Ia dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 8050 5G, RAM sehingga 16GB dan storan UFS3.1 sehingga 256GB, jadi ia boleh menghasilkan prestasi gaming yang memuaskan untuk peranti kelas pertengahan.

    Ia bakal dilengkapi skrin AMOLED 10-bit berukuran 6.67 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kadar bacaan sentuh 360Hz, jadi anda boleh menatal dengan lancar pada skrin ini. Skrin ini juga boleh menghasilkan kecerahan sehingga 900 nits.

    Selain itu, ia dilengkapi beberapa ciri yang mementingkan gaming seperti sistem penyejukan kamar wap, pengecasan Bypass Charging supaya bateri tidak dicas sewaktu pengguna menghubungkannya dengan palam elektrik sambil bermain game, motor getaran paksi Z serta antara muka (UI) khas untuk meningkatkan prestasi game seperti Game Fast Start Mode dan Game Voice Noise Reduction.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured