More

    Imej Samsung SmartTag 2 muncul pada FCC, hadir dengan Bluetooth 5.3 dan UWB

    Samsung Galaxy SmartTag 2 semakin mendapat perhatian dengan kemas kini terbaharu yang menunjukkan peningkatan ketara berbanding generasi sebelumnya. Samsung Galaxy SmartTag 2 telah memperoleh pensijilan Bluetooth SIG dengan sokongan Bluetooth 5.3 yang meningkatkan penggunaan kuasa, prestasi peranti dan pengalaman pengguna. 

    Kini, SmartTag 2 telah muncul pada laman Federal Communications Commission (FCC) yang membawa nombor model EI-T5600. Menariknya, Samsung telah mengemaskini reka bentuk baharu untuk Galaxy SmartTag 2 kepada bentuk bujur menggantikan bentuk segi empat pada SmartTag pertama. 

    Ia kini termasuk lubang yang lebih besar untuk cincin kunci walaupun saiz sebenar masih tidak didedahkan kerana kekurangan butiran dalam foto langsung yang dikeluarkan. Butiran penting daripada laman FCC mendedahkan sambungan Bluetooth LE dan UWB (Ultra-Wide Band) untuk SmartTag 2.

    Walaupun terdapat pendedahan ini, Samsung masih belum mengumumkan tarikh keluaran Galaxy SmartTag 2 dan ia tidak diumumkan pada acara Galaxy Unpacked baru-baru ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: SamMobile

     

    Artikel Terkini

    Lepas 10 tahun guna logo sama, Instagram akhirnya buat perubahan besar

    Instagram secara rasmi memperkenalkan reka bentuk logo teks (wordmark) baharu yang memaparkan nama platform tersebut pada bahagian atas aplikasi. Penukaran ini merupakan...

    nubia A77 5G tiba di Malaysia dengan Unisoc T8300 Ultimate dan skrin 120Hz berharga...

    nubia secara rasmi melancarkan peranti kelas pertengahan baharu iaitu nubia A77 5G untuk pasaran tempatan. Telefon pintar ini dibangunkan sebagai pilihan peranti...

    Google Pixel Watch 5 dan Pixel Tag dilancar dengan harga bermula RM139

    Google secara rasmi melancarkan jam pintar Pixel Watch 5 dan peranti penjejak pintar pertama mereka, Pixel Tag. Pixel Watch 5 hadir dalam...

    Google Pixel 11 Pro Fold turut rasmi dengan dengan cip Tensor G6 dan IP68...

    Selain siri Pixel 11 standard, Google turut mengumumkan telefon pintar boleh lipat baharu Pixel 11 Pro Fold untuk pasaran Malaysia. Peranti ini...

    Google Pixel 11 rasmi di Malaysia dengan cip Tensor G6 dan lampu HiLight LED...

    Google secara rasmi melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di Malaysia yang merangkumi Pixel 11, Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...