More

    Kira-kira 50 telefon pintar dengan cipset MediaTek dibuang daripada senarai UL BenchMarks

    Baru sahaja minggu lepas kami telah memaklumkan mengenai MediaTek yang diketahui menipu dalam ujian penanda aras. Walaupun begitu, ianya mungkin tidak akan berhenti meningkatkan prestasi dalam ujian penanda aras memandangkan hal ini merupakan kebiasaan dalam industri telefon pintar. Untuk menangani isu ini, UL Benchmarks mengumumkan bahawa lebih daripada 50 telefon pintar yang dioperasikan cipset MediaTek telah dikeluarkan daripada senarainya.

    Pengeluaran daripada senarai ini bukan bermakna telefon pintar MediaTek terus dibuang, tetapi ia akan berada dalam kedudukan tidak bertanda, tanpa markah Android atau PCMark. Dengan ini, peranti tersebut tidak akan dapat dibandingkan dengan model telefon pintar lain untuk sementara waktu. MediaTek berhasil untuk melepasi markah penanda aras adalah dengan menggunakan mekanisme tersebunyi yang dikenali sebagai ‘Sports Mode’ (atau yang seangkatan dengannya). Mekanisme ini meningkatkan prestasi peranti semasa diuji dengan aplikasi awam PCMark untuk Android. Hal ini tidak diterima dalam standard industri UL Benchmarks.

    Berikut adalah senarai rasmi cipset MediaTek yang terkeluar daripada senarai:

    • MediaTek Helio G90
    • MediaTek Helio G70
    • MediaTek Helio P95
    • MediaTek Helio P90
    • MediaTek Helio P65
    • MediaTek Helio P60
    • MediaTek Helio P20
    • MediaTek Helio A22

    Apa pun, UI Benchmarks tidak mengecam pilihan mod berprestasi tersebut, namun ianya dibenarkan selagi mematuhi peraturan dan panduan atau dinyahaktif melalui default. Dengan ini, mana-mana markah penanda aras yang menggunakan mekanisme tersembunyi (Sports Mode) dan tetapan default tidak memaparkan prestasi peranti dalam penggunaan harian secara tepat. Syarikat tersebut berharap agar usaha mengeluarkan daripada senarai ini dapat memujuk MediaTek untuk menukar cara mereka mengambil ujian penanda aras.

    UL Benchmarks mengambil berat tentang manipulasi dalam penanda aras ini. Jadi, jika anda dapat tahu tentang mana-mana peranti dengan markah yang mencurigakan, anda boleh mengongsikan butiran dengan mereka dan syarikat tersebut bakal menjalankan penyiasatan. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave.com

     

    Artikel Terkini

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Watch9 turut rasmi dengan harga bermula RM1,499

    Selain siri telefon lipat, Samsung juga melancarkan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 untuk pasaran Malaysia. Kedua-dua model...

    Samsung Galaxy Z Fold8, Fold8 Ultra dan Flip8 rasmi di Malaysia, harga bermula RM5,399

    Samsung secara rasmi melancarkan siri telefon pintar boleh lipat Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8 dan Galaxy Z Flip8 bagi pasaran...

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Pembelian Warner Bros oleh Paramount digantung 14 hari susulan saman 12 negeri

    Hakim persekutuan di California telah mengarahkan Paramount Skydance dan Warner Brothers Discovery untuk menangguhkan penggabungan mereka secara sementara. Keputusan ini dibuat bagi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured