More

    TnG e-wallet bakal lancarkan ciri bayar Tol walaupun baki tidak mencukupi

    Apabila memandu melepasi Tol, perkara yang paling menakutkan ialah baki Touch’n Go eWallet tidak mencukupi. Walaupun terdapat kad TNG NFC di mana anda boleh terus menambah nilai pada aplikasi, ia akan sedikit sebanyak melambatkan kenderaan lain.

    Kini, terdapat berita baik bagi pengguna lebuhraya dengan e-dompet Touch’n Go eWallet akan melancarkan fungsi baharu dalam masa 2 hingga 3 bulan akan datang. Ia akan membolehkan pengguna membuat pembayaran apabila baki e-dompet tidak mencukupi .

    Menurut sumber, Ni Xiang, Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital menegaskan bahawa menurut pemerhatian dalaman, penggunanya perlu menambah nilai semula purata 4 hingga 5 kali sebulan dan secara amnya hanya menambah nilai semula pada saat penggunaan.

    Bagi menjimatkan waktu dan kesesakan, TNG akan memperkenalkan fungsi baharu yang membolehkan pengguna berbelanja terlebih dahulu untuk bayaran letak kereta, tol, membeli-belah dalam talian atau luar talian serta transaksi lain untuk menyokong fungsi ini.

    Di bawah ciri kemudahan kredit, pengguna akan menerima bil pada akhir setiap bulan dan tidak membayar yuran tambahan selagi ia dibayar sekali gus dalam tempoh masa yang dinyatakan. 

    Fungsi ini agak serupa dengan fungsi “beli sekarang, bayar kemudian” dan bezanya ialah kemudahan kredit adalah untuk semua saluran penggunaan yang disokong oleh e-dompet TNG termasuk bayaran letak kereta, tol, bil elektrik dan air.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: China Press

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured