More

    Samsung dedahkan kemunculan siri Galaxy Tab S9 FE secara tidak sengaja

    Samsung secara tidak sengaja telah mengesahkan dua tablet yang tidak diumumkan pada Galaxy Unpacked iaitu siri Galaxy Tab S9 FE. Cetakan halus di laman Samsung Perancis dengan jelas menyebut nama Galaxy Tab S9 FE standard dan Galaxy Tab S9 FE Plus. 

    Maklumat rasmi ini dan penyenaraian FCC model Plus baru-baru ini membayangkan bahawa pelancaran tablet Samsung Fan Edition (Edisi Peminat) baharu akan berlaku. Galaxy Tab S9 FE Plus dan Galaxy Tab S9 FE kedua-duanya telah muncul dalam bentuk paparan yang tertiris. 

    Dua tablet Samsung Fan Edition dijangka menampilkan paparan 12.4 inci dan 10.9 inci. Walaupun reka bentuk keseluruhannya sepadan dengan siri Galaxy Tab S9 yang lebih premium, dijangkakan model FE akan membuat pengurangan dalam spesifikasi untuk mengekalkan harga yang mampu milik. 

    Tidak jelas sama ada varian FE akan menyokong stylus atau tidak. Sementara itu, Galaxy Tab S9 FE yang lebih kecil dijangka menampilkan satu kamera di bahagian belakang, sensor cap jari yang dipasang di sisi, penyambung pintar untuk memasang papan kekunci, sistem dwi-pembesar suara dan reka bentuk yang serupa dengan model yang lebih besar.

    Tiada maklumat mengenai harga kedua-dua tablet baharu itu. Menarik untuk dilihat kerana ini adalah tablet FE pertama Samsung sejak ia melancarkan Galaxy Tab S7 FE pada tahun 2021. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: X Roland Quandt

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...