More

    MediaTek Dimensity 9300 mungkin akan dilancar pada Oktober 2023, jana prestasi lebih pantas berbanding Apple A17

    MediaTek dijangka bakal melancarkan cipset tercanggih untuk telefon kategori andalan seterusnya pada bulan Oktober 2023. Cipset itu mungkin dinamakan MediaTek Dimensity 9300 dan MediaTek menyasarkannya untuk menjana prestasi yang lebih pantas daripada Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 dan Apple Bionic A17.

    Menurut pengkhabar berita teknologi Digital Chat Station, Dimensity 9300 bakal menjadi cipset telefon pintar pertama yang dilengkapi RAM LPDDR5T untuk menawarkan bandwith memori sehingga 9.6Gbps, menjadikannya lebih pantas daripada RAM LPDDR5X dalam cipset terkini yang menawarkan 8.5Gbps.

    Beliau turut berkongsi spesifikasi untuk cipset tersebut, di mana ia akan dilengkapi empat teras Cortex-X4, empat teras Cortex-A720 dan unit pemprosesan grafik Immortalis G720 GPU. Ia akan dibina dengan teknologi proses nod N4P oleh Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) untuk prestasi yang lebih pantas daripada N4 sebanyak 6%.

    Teras Cortex-X4 dijangka akan menawarkan peningkatan prestasi sebanyak 15% dan penggunaan tenaga yang lebih rendah sebanyak 40%. Teras Cortex-A720 pula dijangka akan menawarkan kecekapan penggunaan tenaga yang lebih tinggi sebanyak 20% berbanding generasi sebelumnya.

    Dengan spesifikasi teras ini dan RAM LPDDR5T, secara teori ia mungkin boleh menghasilkan prestasi yang lebih tinggi daripada Apple A17. Namun, ketiadaan teras kecekapan (efficiency) khas mungkin akan menyebabkan penggunaan tenaga yang lebih tinggi daripada cipset pesaing.

    Telefon pertama yang dikhabar bakal dilengkapi cipset ini adalah siri vivo X100. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan cipset ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WCCF Tech

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured