More

    Spesifikasi penuh Xiaomi Pad 6 Max diumum sebelum pelancaran pada 14 Ogos 2023

    Pada minggu lalu, kami melaporkan bahawa Xiaomi akan melancarkan tablet Xiaomi Pad 6 Max pada 14 Ogos 2023 di China, bersama telefon lipat Xiaomi Mix Fold 3, telefon pintar Redmi K60 Ultra dan gelang tangan pintar Xiaomi Band 8 Pro. Kini Xiaomi telah mengumumkan lebih banyak spesifikasi untuk tablet tersebut sebelum tarikh pelancarannya dalam laman media sosial Weibo.

    Xiaomi Pad 6 Max bakal dilengkapi skrin LCD berukuran 14 inci dengan kadar segar semula 144Hz, iaitu jauh lebih besar berbanding skrin 11 inci pada Xiaomi Pad 6. Untuk meningkatkan lagi pengalaman tontonan video, tablet besar ini mempunyai lapan pembesar suara di sekelilingnya.

    Untuk spesifikasi dalaman, ia bakal dilengkapi cipset Snapdragon 8+ Gen 1, bateri 10,000mAh, pengecasan pantas 67W dan pengecasan berbalik 33W. Untuk kawalan suhu, ia mempunyai kamar wap berukuran 15,839mm² untuk pelesapan haba yang lebih pantas.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet gergasi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured