More

    Maxis lancarkan pelan 5G dan 4G baharu, tawarkan dua kali ganda data bermula RM45 sebulan

    Maxis mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan pelan 4G dan 5G baharu pada 15 Ogos 2023, di mana ia bakal menawarkan dua kali ganda data untuk para pelanggan serta data bonus untuk rangkaian 5G.

    Pelan baharu ini termasuklah Pascabayar Maxis dengan 5G yang ditawarkan pada harga bermula dari RM79 hinga RM199 sebulan, dengan data 4G/5G sehingga 200GB. Pelanggan juga boleh menikmati data bonus 5G sehingga 100GB dan SMS tanpa had.

    Bagi membantu pelanggan untuk memiliki peranti 5G, anda boleh melanggan dengan pelan Maxis Zerolution untuk dapatkan pelan ansuran selama 24 atau 36 bulan dengan faedah 0%.

    Untuk golongan profesional dan kegunaan korporat, pelan pascabayar Maxis Business boleh menerima Data Produktiviti tambahan sehingga 100GB dan fungsi pemasaran digital untuk pelan langganan syarikat mereka, di samping semua faedah di bawah pelan pascabayar asal. Maxis akan menawarkan rebat RM10 sebulan sehingga 12 bulan untuk mana-mana pelanggan pasabayar 5G yang menaik taraf kepada Maxis Business.

    Buat para pelanggan Hotlink, pelan pascabayar Hotlink dengan 5G boleh didapati pada harga bermula RM70 sebulan dengan data 4G/5G 70GB, serta data 5G bonus sebanyak 35GB.

    Pelan prabayar Hotlink pula akan menikmati pas internet 5G di bawah Pas Hotlink Pantas bermula RM45 sebulan dengan data 50GB serta data 5G bonus 25GB, atau RM15 seminggu dengan data 15GB serta data bonus 5G 10GB. Sementara itu, belia berumur 24 tahun ke bawah boleh menikmati pulangan tunai 20% untuk pembelian mana-mana pas internet bulanan.

    Pelanggan Wifi Kediaman Maxis pula akan menikmati sambungan internet yang lebih baik pada harga RM158 sebulan, dengan kelajuan 4G/5G tanpa had.

    Semua pelan ini boleh didapati daripada laman web Maxis, aplikasi Maxis atau Hotlink, serta pusat Maxis terdekat bermula 15 Ogos 2023 jam 12:00 tengah hari. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana pelan di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Catcha Digital catat untung 128 peratus hasil ambil alih syarikat media Malaysia

    Catcha Digital Berhad mencatatkan prestasi kewangan paling kukuh setakat ini apabila merekodkan pertumbuhan keuntungan sebanyak 128% bagi suku pertama tahun kewangan 2026...

    Cristiano Ronaldo kini jadi duta global Dreame Technology

    Dreame Technology mengumumkan kerjasama global bersama legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dalam usaha memperkukuh kedudukan mereka dalam pasaran perkakasan rumah pintar...

    Xiaomi Watch S5, Smart Band 10 Pro dan Buds 6 turut rasmi di Malaysia,...

    Selain siri 17T, Xiaomi turut mengumumkan pelancaran beberapa produk baharu di Malaysia menerusi pengenalan Xiaomi Watch S5 46mm, Xiaomi Smart Band 10...

    Siri Xiaomi 17T rasmi di Malaysia dengan Dimensity 9500, kamera Leica dan bateri 7,000mAh...

    Siri Xiaomi 17T secara rasmi dilancarkan di Malaysia dengan dua pilihan model iaitu Xiaomi 17T dan Xiaomi 17T Pro. Model paling berkuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...