More

    Xiaomi Mix Fold 3 dilancar dengan engsel lebih tahan dan empat kamera Leica bermula ~RM5,760

    Tahun lepas, Xiaomi melancarkan telefon boleh lipat paling nipis di dunia dengan Mix Fold 2 dan setahun kemudian Xiaomi membawakan Mix Fold 3 sebagai sekuel dengan peningkatan secara menyeluruh.

    Mix Fold 3 lebih nipis daripada pendahulunya yang hanya berukuran 5.26mm dalam keadaan tidak dilipat dan 10.89mm apabila dilipat. Jurutera Xiaomi mereka bentuk papan induk bertindan menegak baharu yang membantu mengurangkan saiz telefon.

    Xiaomi juga membangunkan engsel serba baharu yang terdiri daripada 198 komponen dan menggunakan 17% kurang ruang dalaman. Engsel baharu didatangkan dengan 3 elemen dan 14 engsel mikro yang diselitkan pada paparan lipatan utama untuk ketahanan yang lebih baik dan mekanisme pemutaran keluli seramik karbon. 

    Engsel baharu Mix Fold 3 juga menyokong bukaan 45°- 135° yang membolehkan anda melipat telefon seperti komputer riba mini. Mix Fold 3 mempunyai dwi paparan OLED E6. Panel LTPO 8.03 inci utama membawakan resolusi 1,960 x 2,160px dan kadar penyegaran berubah-ubah 120Hz. 

    Panel ini menampilkan Ultra Thin Glass (UTG) dan membawakan sokongan HDR10+ dan Dolby Vision. Paparan luar LTPO OLED 6.56 inci dilindungi dengan Gorilla Glass Victus 2 dan membawa sehingga 2,560 nits kecerahan puncak dalam mod auto.

    Xiaomi dilengkapi Mix Fold 3 dengan empat kamera dengan optik Leica. Terdapat kamera utama Sony IMX800 50MP dengan OIS, ultralebar 12MP, telefoto 10MP dengan zum 3x dan modul periskop 10MP yang membawa sehingga 5x zum optik. Kedua-dua kamera telefoto mempunyai OIS.

    Mix Fold 3 mempunyai cipset Snapdragon 8 Gen 2 dengan RAM sehingga 16GB dan storan 1TB. Baterinya berkapasiti 4,800 mAh dengan pengecasan berwayar 67W dan wayarles 50W. Bahagian perisian dilindungi oleh MIUI 14 berdasarkan Android 13.

    Harga untuk varian 12/256GB ialah ¥8,999 (~RM5,760) manakala varian 16/512GB berharga ¥9,999 (~RM6,399) dan varian 16/1TB berharga ¥10,999 (~RM7,040). Xiaomi Mix Fold 3 didatangkan dalam versi belakang gentian kaca dan komposit dengan harga yang sama tanpa mengira pilihan bahan.

    "
    "

    Namun, Xiaomi tidak menyebut sebarang butiran ketersediaan untuk pasaran antarabangsa. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured