fbpx
More

    Majlis Anugerah TikTok akan diadakan pada 27 Ogos 2023 di TV3

    TikTok Awards yang julung kali dianjurkan di Malaysia pada 27 Ogos 2023 bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur. TV3 bekerjasama dengan TikTok dan akan menyiarkan secara langsung TikTok Awards Malaysia pada 27 Ogos jam 9.00 malam manakala karpet merah pada jam 8.30 malam di TV9. 

    Anugerah ini akan dibahagikan kepada Pilihan Juri (Judge’s Pick) dan Pilihan Popular (People’s Choice). Para calon dipilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan dan keputusan akan dibuat oleh sebuah panel eksekutif termasuk Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Nini Yusof; artis prolifik, Hael Husaini; serta Pengurus Besar Operasi & Pemasaran TikTok, Asia Tenggara, Angga Anugrah Putra.

    Para calon dalam enam kategori (Kecantikan & Fesyen, Pendidikan, Hiburan, Sukan, Permainan, dan Makanan) telah diumumkan di sidang akhbar TikTok Awards yang diadakan sebelum ini. Undian umum bagi tujuh kategori (Creator of the Year, Rising Star of the Year, Popular Creator of the Year, Popular Animation Account of the Year, Celebrity of the Year, Live Creator of the Year and TikTok Shop Creator of the Year) bermula dari 15 Ogos, 10:00 malam hingga 26 Ogos 2023, 11:59 malam dan undian boleh dibuat di sini.

    TikTok juga akan menyampaikan Anugerah Busana Terbaik (Best Dressed Awards) kepada peserta yang mendapat markah tertinggi dari sudut gaya dan originaliti. Peminat para calon boleh menzahirkan sokongan mereka dengan menyaksikan siaran majlis anugerah tersebut secara langsung di TV3 serta akaun TikTok Malaysia di TikTok pada hari Ahad, 27 Ogos 2023. Daftar untuk menonton acara siaran langsung di sini.

    Dalam pada itu, TikTok mempersembahkan TikTok Awards: INSPIRE, sebuah zon eksperiensial untuk diterokai oleh orang awam dari 24 hingga 27 Ogos 2023 di Sunway Pyramid, LG2 Orange Concourse. Orang ramai boleh mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti interaktif, memenangi hadiah dan memetik inspirasi daripada para calon TikTok Awards.

    Bukan itu sahaja, sesi Suai & Sapa (Meet & Greet) dengan warga pencipta pada 26 Ogos 2023 dari 2:30 petang – 4:30 petang. TikTok Awards di Malaysia dianjurkan menerusi kerjasama dengan TV3, bersama HONOR 90 5G (Penaja Utama), foodpanda (Penaja Bersama), F&N Dairies (Rakan Penaja), dan U Mobile (Rakan Penaja). Anda boleh memuat turun aplikasi TikTok untuk mengundi pencipta kandungan pilihan anda melalui Apple StoreGoogle Play Store dan HUAWEI AppGallery.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita.

     

    Artikel Terkini

    Siri POCO F6 akan dilancar pada 23 Mei 2024, mungkin Redmi K70 yang dijenamakan...

    POCO bakal melancarkan siri telefon pintar POCO F6 dan POCO F6 Pro pada hari Khamis, 23 Mei 2024. Syarikat teknologi itu sebenarnya...

    RUU Keselamatan Dalam Talian akan dibentangkan pada tahun ini

    Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata kerajaan akan membentangkan rang undang-undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian sebelum tahun ini berakhir. Pihaknya masih...

    realme GT 6T akan dilancar pada 22 Mei 2024, dilengkapi skrin 6,000 nits, cas...

    Sebelum ini, realme mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar kelas pertengahan realme GT 6T pada bulan ini, namun tarikhnya tidak diperincikan....

    Siri HONOR 200 akan dilancar pada 27 Mei 2024, terdiri dengan 4 pilihan warna

    HONOR bakal melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan HONOR 200 dan HONOR 200 Pro pada hari Isnin, 27 Mei 2024 di China...

    Samsung Malaysia tawarkan diskaun sehingga RM200 untuk Galaxy A15 dan Galaxy A25 5G

    Walaupun sambutan Hari Ibu sudah pun berlalu, Samsung Malaysia masih ingin menganjurkan promosi sembena hari tersebut dengan menawarkan dua buah telefon pintar...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X