More

    Redmi Pad SE dilancar dengan SD 680 dan bateri 8,000mAh bermula ~RM1,006

    Redmi Pad SE iaitu tablet terbaharu dalam portfolio sub-jenama mampu milik Xiaomi telah dilancarkan baru-baru ini. Peranti ini hadir dengan skrin besar untuk mengoptimumkan pengalaman visual yang menarik dengan tanda harga hanya €199.

    Redmi melengkapkan tablet ini dengan cipset Snapdragon 680 yang dibina pada proses 6nm dan mempunyai storan 128GB yang boleh dikembangkan melalui port mikro SD sehingga 1TB. Terdapat tiga pilihan RAM iaitu 4GB, 6GB dan 8 GB. Skrin peranti menggunakan LCD 11 inci dengan resolusi 1920 x 1200 piksel dan kadar penyegaran sehingga 90Hz. 

    Redmi menjanjikan kecerahan 400 nits dan kontras 1500:1 malah jenama itu memperakui panel di TUV Rheinland untuk cahaya biru rendah. Bahagian hadapan mempunyai bezel yang agak nipis yang menyembunyikan kamera swafoto 5MP yang terletak di bahagian atas. 

    Di bahagian belakang terdapat kamera 8 MP f/2.0 dengan keupayaan rakaman video 1080p. Redmi Pad SE dilengkapi dengan pembesar suara quad dan sokongan audio Dolby Atmos dan Hi-Res serta bicu audio 3.5 mm. Terdapat juga port USB-C untuk mengecas bateri berkapasiti 8,000 mAh yang menyokong pengecasan 10W. 

    Spesifikasi lain termasuk MIUI Pad 14 berdasarkan Android 13, berat 478g, Wi-Fi dwi-frekuensi dan Bluetooth 5.0. Redmi Pad SE boleh didapati dalam tiga warna iaitu Lavender Purple, Graphite Grey dan Mint Green. Harga ialah €199 (~RM1,006) varian RAM 4GB, €229 (~RM1,160) untuk 6GB dan €249 (~RM1,260) untuk varian 8GB.

    Kita perlu menunggu kenyataan rasmi daripada Redmi tentang ketersediaannya dalam pasaran Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Xiaomi

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...