More

    FLYsiswa: Permohonan subsidi tiket penerbangan RM300 untuk pelajar universiti awam kini dibuka

    Seperti yang diumumkan bulan lepas, kerajaan menawarkan subsidi tiket penerbangan RM300 kepada pelajar universiti awam di Malaysia. Subsidi diberikan adalah bertujuan untuk menampung penerbangan domestik bagi pelajar yang melakukan perjalanan antara tempat asal dan tempat pengajian. 

    Pelajar universiti awam kini boleh menyemak kelayakan mereka dan mereka boleh menggunakan subsidi penerbangan untuk menempah tiket penerbangan di Malaysia Airlines termasuk MASwings, Firefly, AirAsia ,Batik Air dan MYAirline .

    Kementerian Pengangkutan berkata subsidi itu diperkenalkan sebagai cara untuk mengeratkan hubungan antara Semenanjung dan Sabah, Sarawak serta Labuan di samping membantu menangani isu kos sara hidup. 

    Seperti yang disebut oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke bulan lalu, inisiatif itu dianggarkan menelan belanja RM16.8 juta yang akan memanfaatkan lebih 56,000 pelajar universiti awam di seluruh Malaysia.

    Kepada pelajar universiti awam, anda boleh menyemak dan menebus di portal Subsidi Penerbangan Kementerian Pengangkutan. Hanya masukkan nombor MyKad dan pilih universiti awam anda. Menurut Kementerian Pengangkutan, hanya pelajar yang berdaftar di universiti awam bagi tahun akademik 2022/2023 setakat 30 Jun 2023 layak mendapat subsidi.

    Jika keputusan menunjukkan anda tidak layak, pelajar awam boleh memfailkan boleh menyemak dan memfailkan rayuan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui universiti masing-masing.

    Kredit ini tidak terhad kepada hanya satu tempahan penerbangan. Jika tambang kurang daripada RM300, bakinya akan disimpan dalam simpanan kredit dan boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan seterusnya.

    Permohonan untuk subsidi penerbangan FLYsiswa RM300 tersedia mulai 15hb Ogos 2023 dan penebusan mesti dilakukan selewat-lewatnya pada 31hb Disember 2023. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman rasmi Kementerian Pengangkutan.

    "
    "

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured