More

    YouTube alih keluar video dengan kandungan maklumat dan perubatan yang tidak tepat

    Seperti yang diumumkan oleh YouTube semalam, syarikat itu akan membuang video yang mengandungi maklumat dan perubatan tidak tepat. YouTube akan menyelaraskan garis panduan maklumat salah perubatan sedia ada di bawah tiga kategori iaitu Pencegahan, Rawatan dan Penafian. Dasar ini akan digunakan pada maklumat yang bercanggah dengan pihak berkuasa kesihatan tempatan atau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

    Berikut adalah sepertimana dasar ini berfungsi:

    • Maklumat salah pencegahan: YouTube akan mengalih keluar kandungan yang bercanggah dengan panduan pihak berkuasa kesihatan tentang pencegahan dan penghantaran keadaan kesihatan tertentu dan tentang keselamatan dan keberkesanan vaksin yang diluluskan. Contohnya, ini merangkumi kandungan yang menggalakkan bahan berbahaya untuk pencegahan penyakit.
    • Maklumat salah rawatan: Video kandungan yang bercanggah dengan panduan pihak berkuasa kesihatan tentang rawatan untuk keadaan kesihatan tertentu akan dialih keluar termasuk mempromosikan bahan atau amalan berbahaya tertentu. Contohnya, kandungan yang menggalakkan remedi yang tidak terbukti sebagai ganti mendapatkan rawatan perubatan untuk keadaan tertentu, seperti mempromosikan sesium klorida sebagai rawatan untuk kanser.
    • Maklumat salah penafian: Mempertikaikan kewujudan keadaan kesihatan tertentu. Ini meliputi kandungan yang menafikan orang telah meninggal dunia akibat COVID-19.

    Dalam pada itu, syarikat itu akan mula mengalih keluar kandungan yang mempromosikan rawatan kanser yang terbukti berbahaya atau tidak berkesan atau kandungan yang tidak menggalakkan penonton daripada mendapatkan rawatan perubatan profesional. Sebagai contoh, video yang mendakwa “bawang putih menyembuhkan kanser” atau “mengambil vitamin C dan bukannya terapi sinaran”.

    Anda disarankan untuk rujuk pada pihak berkenaan bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan rawatan berkesan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita.

    Sumber: YouTube

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured