More

    Homebois bakal muncul dalam acara pelancaran Infinix GT 10 di Malaysia pada 19 September ini

    Infinix Malaysia teruja untuk mendedahkan kerjasama mereka dengan Homebois iaitu sebuah pasukan esport Malaysia yang terkemuka. Kerjasama ini menyediakan pentas untuk pelancaran Infinix GT 10 Pro yang dinanti-nantikan di Malaysia, di mana pasukan Homebois akan berdiri di kalangan perintis.

    Pasukan ini akan menguji dengan teliti keupayaan Infinix GT 10 Pro untuk potensi sepenuhnya bertemakan Outplay The Rest. Homebois ialah pasukan permainan esport yang terkenal di Malaysia yang diasaskan oleh Nureddy Nursal juga dikendalikan oleh DaddyHood.

    Infinix Malaysia dan Homebois berusaha untuk memberi inspirasi dan memperkasakan pemain mudah alih mendorong mereka menjadi pemain profesional. Infinix GT 10 Pro menampilkan Dimensity 8050 Gaming 5G yang memberikan prestasi luar biasa dan permainan yang lancar.

    Juga dipasangkan dengan OS yang bersih dan tulen tanpa Bloatware serta antara muka pengguna yang dioptimumkan. Ia juga dilengkapi dengan Grafik Ultra dikuasakan oleh Enjin Permainan All-Sensory memastikan permainan tanpa gangguan. Nantikan lebih banyak kemas kini kerjasama antara Infinix dan Homebois bagi pelancaran Infinix GT 10 Pro di halaman Facebook rasmi Infinix, halaman Instagram dan saluran Tiktok.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured