More

    Astro perkenalkan saluran khas sempena Hari Kebangsaan 2023 dan mod Kids Profile

    Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 yang semakin hampir, Astro memperkenalkan dua saluran baharu yang akan ditawarkan secara percuma kepada semua pelanggannya iaitu #DemiNegaraku (Saluran 100) dan Ultraman (Saluran 400). Kedua-dua saluran ini boleh didapati melalui televisyen, aplikasi Astro GO dan On Demand.

    Saluran #DemiNegaraku menawarkan pelbagai kisah rakyat Malaysia dalam bentuk dokumentari, filem dan rancangan kanak-kanak. Ia juga menyiarkan kandungan baharu yang diilhamkan daripada jaguh-jaguh sukan negara dalam bola jaring, sepak takraw, memanah, lumba pecut, basikal, breaking dan banyak lagi.

    Contoh rancangan yang akan disiar termasuklah Dendam Hantu Latah 2: Roh YB Lama, program permainan Family Feud Edisi Khas Merdeka (dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Tamil) serta dokumentari seperti The Guardian dan Kembara Chef Wan Laluan Sutera. Saluran ini akan disiarkan sehingga 17 September 2023.

    Selain melancarkan saluran bertemakan Hari Kebangsaan, Astro turut memperkenalkan mod khas untuk melindungi kanak-kanak iaitu Kids Profile dan ia akan disediakan untuk pelanggan Astro Ultra, Astro Ulti Box, Astro GO dan aplikasi Multiroom Smart TV.

    Mod ini akan membenarkan ibu bapa untuk mengawal kandungan yang boleh ditonton oleh anak-anak mereka. Akses kepada profil dewasa akan dilindungi dengan PIN keselamatan empat digit, manakala anak-anak boleh menonton 10 saluran yang didekasi khas untuk mereka.

    Sementara itu, saluran Ultraman menawarkan pelbagai siri dan filem daripada adiwira ternama itu termasuklah Ultraman Blazar, Ultraman Decker, Ultraman Decker Finale: Journey to Beyond, Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad dan banyak lagi. Saluran ini akan disiarkan sehingga 30 September 2023. Ia turut disediakan untuk pelanggan sooka dan Pek Kids NJOI.

    Layari laman web Astro untuk maklumat lanjut mengenai #DemiNegaraku dan Kids Profile. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Lepas 10 tahun guna logo sama, Instagram akhirnya buat perubahan besar

    Instagram secara rasmi memperkenalkan reka bentuk logo teks (wordmark) baharu yang memaparkan nama platform tersebut pada bahagian atas aplikasi. Penukaran ini merupakan...

    nubia A77 5G tiba di Malaysia dengan Unisoc T8300 Ultimate dan skrin 120Hz berharga...

    nubia secara rasmi melancarkan peranti kelas pertengahan baharu iaitu nubia A77 5G untuk pasaran tempatan. Telefon pintar ini dibangunkan sebagai pilihan peranti...

    Google Pixel Watch 5 dan Pixel Tag dilancar dengan harga bermula RM139

    Google secara rasmi melancarkan jam pintar Pixel Watch 5 dan peranti penjejak pintar pertama mereka, Pixel Tag. Pixel Watch 5 hadir dalam...

    Google Pixel 11 Pro Fold turut rasmi dengan dengan cip Tensor G6 dan IP68...

    Selain siri Pixel 11 standard, Google turut mengumumkan telefon pintar boleh lipat baharu Pixel 11 Pro Fold untuk pasaran Malaysia. Peranti ini...

    Google Pixel 11 rasmi di Malaysia dengan cip Tensor G6 dan lampu HiLight LED...

    Google secara rasmi melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di Malaysia yang merangkumi Pixel 11, Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured