fbpx
More

    Kemas kini macOS seterusnya bakal buat bateri MacBook anda tahan lebih lama

    Mungkin benar beberapa bulan ini kita akan dibanjiri berita teknologi mengenai Apple, sebuah jenama besar dalam pasaran teknologi. Setelah melancarkan iPhone SE dan produknya yang lain, Apple kini dilaporkan sedang membina fungsi baru yang boleh meningkatkan jangka hayat bateri produk Apple.

    Fungsi baru ini akan mula diaplikasikan pada kemas kini macOS Catalina 10.15.5 yang bakal hadir pada tahun ini. Lapor sumber, fungsi ini boleh memeriksa corak pengecasan dan tahap pemanasan bateri MacBook yang membenarkannya untuk mengoptimumkan jangka hayat bateri MacBook anda. Fungsi ini dijangka boleh diaplikasikan pada komputer MacBook Air sejak daripada tahun 2018 dan Mac Book Pro 2016.

    Untuk pengguna iOS, anda boleh mencuba fungsi yang lebih kurang sama dengan fungsi yang dinyatakan di atas. ‘Optimized Battery Charging’ boleh mengurangkan masa pengecasan penuh bateri iPhone anda. Apa pun, anda hanya boleh mencubanya bermula hari ini jika anda tergolong dalam pembangun beta.

    Akhirnya, pengguna Apple boleh menikmati penjimatan penggunaan bateri. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Engadget

     

    Artikel Terkini

    DNB, Ericsson bekerjasama untuk memajukan perusahaan di Malaysia melalui teknologi 5G

    Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson, sebuah syarikat teknologi komunikasi global yang terkemuka telah mengumumkan secara rasmi rancangan untuk memacu transformasi digital...

    Kempen Jualan Super 5.5 realme: Baucar sehingga RM1,800 di Shopee, Lazada dan TikTok Shop

    Bermula 3 Mei 2024, realme Malaysia bekerjasama dengan Shopee, Lazada dan TikTok Shop mengadakan Kempen Jualan Super 5.5. Dalam tempoh tiga hari,...

    OPPO A38 dan A18 kini mendapat penurunan harga sebanyak RM50

    OPPO Malaysia telah mengumumkan pelarasan harga yang ketara untuk model OPPO A38 dan A18 dengan menawarkan penjimatan sehingga RM50. Harga baharu itu...

    Sony Xperia 1 VI mungkin bawa peningkatan lensa telefoto, Snapdragon 8 Gen 3 dan...

    Sony bersedia untuk mendedahkan telefon pintar andalan terbaru mereka, Xperia 1 VI yang dijadualkan untuk dilancarkan pada 17 Mei 2024. Walaupun dianggap...

    WhatsApp sedang uji ciri sekat pengguna sementara jika langgar dasar khusus

    WhatsApp memperkenalkan ciri sekatan akaun baharu seperti yang dilihat dalam versi beta Android baru-baru ini. Ciri ini akan sementara menghalang pengguna daripada...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X