More

    LG PuriCare | Object Collection dilancarkan, penapis air tanpa tangki layan diri bermula RM60/bulan

    Baru-baru ini, LG Malaysia secara rasmi mengeluarkan penulen air tanpa tangki layan diri LG PuriCare – Objet Collection. Pada masa yang sama, LG juga melancarkan promosi eksklusif mulai sekarang hingga 31 Oktober dengan setiap pembelian penulen air tanpa tangki layan diri LG PuriCare Objet Collection, anda boleh mendapatkan penutup hadapan percuma (Calming Pink/ Calming Cream Sky).

    Ia didatangkan dengan lima pilihan warna iaitu Calming Cream White, Claiming Beige, Calming Pebble Grey, Calming Pink dan Calming Cream Sky. Seperti namanya, produk baharu ini menampilkan teknologi tanpa tangki yang menyalurkan air yang dibersihkan terus dari sumbernya. 

    Ini membolehkan akses kepada air bersih yang bebas daripada pertumbuhan mikroorganisma melalui Sistem Penapis Semua Puri 4 peringkat termaju yang menyingkirkan 9 jenis logam berat, 99.99% norovirus dan bahan cemar berbahaya yang lain. Pengguna juga boleh menggunakan aplikasi mudah alih LG ThinQ sebagai alat kawalan jauh. 

    LG Malaysia mengumumkan bahawa LG PuriCare Self-Service Tankless Water Purifier | Object Collection mempunyai Langganan Penapis Layan Diri. Ia datang dengan penapis baharu setiap enam bulan dan menggantikannya agak mudah. Konsep layan diri juga didatangkan dengan fungsi pensterilan automatik. 

    Fungsi lain termasuk panel paparan sentuhan mesra pengguna yang mengawal suhu air yang tepat (40, 75 dan 85 darjah Celcius) serta tetapan volum daripada 120ML hingga 1000ML. Terdapat juga ciri paip bergerak naik-turun automatik mengikut ketinggian cawan yang berbeza-beza, menghapuskan percikan dan memastikan keselamatan.

    Mulai hari ini, pelanggan boleh melengkapkan kediaman mereka dengan penapis air terkini pada harga berikut: 

    Untuk maklumat lanjut tentang Penapis Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare |Object Collection baharu, anda boleh layari laman rasmi LG Malaysia di sini  atau  ikuti laman Facebook rasmi di sini  untuk maklumat terkini. 

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured