More

    Xiaomi daftar domain XiaomiEV.com, imej sedan elektrik MS11 dikesan

    Pada 23 Ogos, Xiaomi telah mendaftarkan nama domain XiaomiEV.com dan kini, mereka menerima lesen pengeluaran kereta daripada kerajaan China. Kereta pertama Xiaomi iaitu sebuah sedan elektrik yang diberi nama kod MS11 telah dikesan di atas jalan dengan dibaluti kain camo.

    Lei Jun, Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi mengumumkan bahawa Xiaomi memilih CATL dan CABL sebagai pembekal bateri. Xiaomi telah melakukan usaha untuk memasuki pasaran EV pada awal 2021 dan berkata bahawa pembangunan kenderaan elektrik Xiaomi mendahului jadual serta akan memulakan pengeluaran besar-besaran pada separuh pertama 2024.

    Selepas dua tahun, beberapa gambar yang tertiris dalam talian menunjukkan sedan EV Xiaomi MS11 sedang melakukan ujian atas jalan raya di salah satu lebuh raya di China. Sedan elektrik itu akan mendapat versi jarak jauh dengan bateri ternary (NMC) 101-kWh untuk 800 km.

    Ia akan menyokong pengecasan 800V DC dengan berat 642 kg. Voltannya mencapai 726.7 V dan kapasiti bateri ialah 139.0 Ah serta ketumpatan tenaga ialah 157 Wh/kg. Sedan MS11 dijangka bermula pada 200,000 yuan (~RM127,897) dan akan bersaing dengan Tesla Model 3, BYD Seal, Deepal SL03 dan berpuluh-puluh EV sedan dengan julat harga yang sama.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita.

    Sumber: CarNewsChina

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured