More

    Anda boleh laporkan kerosakan jalan raya dengan aplikasi MYJalan

    Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata orang ramai boleh membuat aduan tentang kerosakan jalan raya melalui aplikasi MYJalan yang dilancar pada minggu lalu.

    MYJalan merupakan sebuah platform aduan setempat bagi memudahkan rakyat untuk membuat semua jenis aduan berkenaan jalan raya, termasuklah jalan yang bukan diselenggara oleh Kementerian Kerja Raya.

    Ia bakal dilancar secara rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini. Buat masa ini, ia sudah boleh dimuat turun daripada Google Play Store dan Apple App Store.

    Untuk membuat laporan, anda perlu mendaftarkan diri sebagai pengguna kemudan anda perlu pilih lokasi untuk kerosakan pada jalan. Antara isu yang boleh dilaporkan termasuklah lubang, lampu isyarat rosak, lampu jalan rosak, papan tanda patah, tanah runtuh, kemudahan awam dan banyak lagi.

    Selepas memilih jenis isu yang ingin dilaporkan, anda boleh sertakan huraian teks dan gambar untuk menunjukkan masalah tersebut. Sebaik sahaja anda mengemukakan aduan, ia akan diteliti oleh Menteri Kerja Raya untuk tindakan lanjut.

    Kongsi pendapat anda tentang aplikasi ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured