fbpx
More

    vivo Malaysia bekerjasama dengan Universiti Limkokwing dan Pelancongan Malaysia

    vivo Malaysia bekerjasama dengan Universiti Limkokwing dan Pelancongan (Tourism) Malaysia untuk Acara Inovatif Kampus Y36 5G Dalam sinergi luar biasa antara kreativiti dan inovasi pada 24 Ogos 2023.

    Acara ini dinamakan selepas Pulau Semporna, Sabah dengan kerjasama antara vivo Y36 5G Semporna Green dan Tourism Malaysia. Acara ini juga memperkenalkan minuman Avocado Semporna yang lazat atas kolaborasi LiHO, jenama teh ternama dari Singapura sambil menampilkan bengkel di Universiti Limkokwing di mana peserta menjelajahi kreativiti mereka.

    Pengarah Pengiklanan dan Digital Pelancongan Malaysia, Mohd Roslan Abdullah percaya bahawa ia adalah satu peluang yang baik untuk pengguna Y36 untuk menerokai keindahan pemandangan Malaysia. Dia juga memuji acara bengkel dengan mengatakan “Dedikasi anda untuk memupuk kreativiti dan menghayati keindahan Semporna seharusnya dipuji. Ia mampu memperkayakan minat anda terhadap fotografi dan perasaan merantau”.

    Dalam pada itui, acara tersebut diserlahkan dengan grafiti dan sesi perkongsian oleh jurugambar berpengalaman, Yusuf Madi. Sesi perkongsian memperincikan bagaimana Yusuf memulakan perjalanannya daripada seorang jurutera kepada seorang pencerita visual menggunakan vivo X90. Secara keseluruhan, acara ini melambangkan teknologi, seni dan ungkapan manusia selaras dengan falsafah vivo dalam menyebarkan kegembiraan.

    Ketahui lebih lanjut mengenai vivo di halaman Facebook vivo Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Samsung Malaysia lancarkan televisyen dan “soundbar” dengan teknologi AI, bermula RM2,999

    Kecerdasan buatan (AI) kini merupakan trend yang popular dalam industri teknologi pada 2024 dan Samsung Malaysia mengikuti trend tersebut dengan melancarkan televisyen...

    vivo Malaysia sambut ulang tahun ke-10 dengan bengkel fotografi bersama vivo V30e 5G

    Bersempena 10 tahun kemajuan revolusi dalam teknologi telefon pintar, vivo Malaysia telah menganjurkan bengkel fotografi selari dengan pelancaran telefon pintar terbaharu, vivo...

    smart #3 dipandu uji buat kali pertama, bakal diumum di Malaysia Autoshow 2024

    Smart Malaysia baru-baru ini mengadakan acara pratonton eksklusif yang bertemakan "Chasing Thrills" di Subang Jaya. Acara ini adalah untuk memperkenalkan kenderaan elektrik...

    OpenAI lancarkan GPT-4o secara percuma, jadikan interaksi manusia-komputer lebih semula jadi

    Pada persidangan OpenAI awal pagi tadi, model besar GPT-4o yang dinaik taraf telah dikeluarkan secara rasmi. "o" dalam GPT-4o bermaksud "omni". GPT-4o...

    Siri vivo X100s dilancar dengan Dimensity 9300+, penderia kamera 1″ dan cas pantas 100W...

    Bersama-sama pelancaran X100 Ultra, vivo turut memperkenalkan telefon pintar vivo X100s dan X100s Pro. Telefon baharu ini menampilkan cipset Dimesnity 9300+ yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X