fbpx
More

    realme GT5 dilancar: SD 8 Gen 2, skrin OLED 6.74, bateri sehingga 5,240mAh bermula ~RM1,912

    realme telah melancarkan telefon pintar terbaharunya di China, realme GT5 mewarisi barisan GT yang lain dengan lebih banyak elemen daripada segi reka bentuk dan ciri.

    Di bahagian hadapan, peranti ini menampilkan paparan OLED 1.5K 6.74 inci dengan kadar penyegaran semula 144Hz dan kecerahan puncak 1,400 nits yang disokong oleh cip paparan X7 canggih yang dibangunkan oleh PixelWorks.

    Kemudian, terdapat tetingkap lutsinar dengan lampu RGB bersebelahan modul kamera memberikan pandangan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 di bahagian belakang. Ia membawa reka bentuk lengkungan, dengan kemasan bertekstur kaca unik yang direka bersama BYD, menamakan “Miracle Glass.”

    Kamera belakangnya terdiri daripada sensor utama 50MP dengan OIS, lensa ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP manakala bahagian hadapan terdapat kamera swafoto 16MP. Pengguna diberi pilihan untuk memilih konfigurasi storan sehingga 1TB bersama RAM LPDDR5X sehingga 24GB. realme menawarkan dua versi iaitu bateri berkapasiti 5,240mAh dengan pengecasan 150W dan bateri 4,600mAh dengan kelajuan pengecasan 240W.

    Masuk pada segmen harga, GT5 bermula pada CNY2,999 (~RM1,912) untuk model 150W untuk konfigurasi 12GB+256GB. Varian 240W dengan konfigurasi 24GB+1TB membawa harga CNY3,799 (~RM2,422). Pada masa ini, butiran mengenai harga pasaran global masih tidak didedahkan membuatkan peminat di seluruh dunia tidak sabar-sabar menunggu pengumuman selanjutnya.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: realme China

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 10 VI dilancar: Telefon pertengahan dengan skrin OLED 21:9, SD 6 Gen...

    Selain melancarkan telefon pintar andalan Xperia 1 VI pada hari ini, Sony turut melancarkan telefon pintar kelas pertengahan Sony Xperia 10 VI....

    Sony Xperia 1 VI dilancar: SD 8 Gen 3, OLED 120Hz, kamera dengan zum...

    Sony telah melancarkan telefon pintar andalannya (flagship) yang terbaru iaitu Sony Xperia 1 VI. Seperti telefon-telefon Xperia 1 sebelum ini, ia mempunyai...

    Xiaomi Pad 6S Pro 12.4 dilancar di Malaysia: Skrin 3K 144Hz, bateri 10,000mAh, cas...

    Pada hari ini, Xiaomi Malaysia melancarkan Xiaomi Pad 6S Pro 12.4 iaitu sebuah tablet besar dengan skrin berukuran 12.4 inci dan boleh...

    Apple sekat lebih ~RM33 bilion dalam percubaan penipuan menerusi App Store

    Dalam tempoh empat tahun (2020-2023), Apple mengatakan bahawa mereka telah menghalang lebih $7 bilion (~RM33 bilion) dalam transaksi penipuan, menyekat 375,000 aplikasi...

    Ini adalah senarai ciri AI yang diumumkan pada acara Google I/O 2024

    Pada acara Google I/O, Google turut memperkenalkan beberapa kemas kini baharu pada Gemini AI. Terdapat versi Gemini 1.5 Flash baharu, Gemma 2,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X