More

    Terharu! Saksikan majlis akad nikah ‘online’ pertama di KL, Malaysia

    Terkini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah memuat naik sebuah perkongsian melalui laman Twitternya. Perkongsian tersebut membawakan sebuah video yang memaparkan majlis akad nikah pertama secara dalam talian yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.

    Menurut beliau, majlis penyatuan dalam talian tersebut diadakan dengan garis panduan yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara. Majlis yang menyatukan hati dan ikatan dua mempelai ini hanya mengambil masa kurang daripada 15 minit!

    Kami turut memanjatkan doa syukur dan ucapan selamat berbahagia kepada pengantin! Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai sebuah mesyuarat yang dihadiri Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah berlangsung. Antara isu yang utama dibincangkan adalah mengenai pernikahan secara dalam talian.

    Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini!

    Sumber: @drzul_bakri

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured