More

    realme Buds Air 5 & T300 dilancar: ANC, kalis air dan habuk serta 7 jam main balik bermula ~RM126

    Selain realme GT5, realme turut memperkenalkan realme Buds Air 5 dan Buds T300. Bermula dengan realme Buds Air 5, fon telinga ini memberikan pengguna pembatalan bunyi aktif (ANC) 50dB bersama dengan kapasiti pengurangan bunyi ultralebar 4000Hz.

    Untuk meningkatkan pengalaman pendengaran, terdapat pemandu 12.4mm serta teknologi Bluetooth 5.3, sokongan untuk kod-kod AAC dan SBC. Pengguna dengan mudah boleh mengurus kawalan audio mereka melalui isyarat sentuhan. Penambahan enam mikrofon, pengekangan bising AI ENC, dan mod game kependaman rendah 45ms memastikan panggilan yang jelas dan pengalaman gaming yang lancar.

    Fon telinga boleh disambungkan kepada dua peranti secara serentak dan mempunyai sijil ketahanan air IPX5. Daripada segi bateri, ia menawarkan tempoh hayat tujuh jam tanpa ANC dan 4.5 jam dengan ANC. Bekas pengecas memanjangkan masa penggunaan sehingga 38 jam manakala pengecasan selama 10 minit memberikan sehingga tujuh jam main balik.

    Seterusnya, realme Buds T300 mempunyai pemandu 12.4mm, ANC dengan kependaman 30dB serta mempunyai penarafan kalis air dan habuk IP55. Ia menawarkan ciri audio ruang 360 darjah berserta teknologi Bluetooth 5.3, mod latensi rendah dan menjanjikan ketahanan bateri selama 40 jam dengan tujuh jam main balik pada 10 minit pengecasan.

    realme Buds Air 5 hadir dalam pilihan warna Deep Blue dan Pure White pada harga 299 yuan (~RM190). Sementara itu, realme Buds T300 hadir dalam warna Stylish Black dan Youth White berharga 199 yuan (~RM126).

    realme Buds Air 5 Pro telah pun dilancarkan di Malaysia. Adakah kedua-dua fon telinga di atas akan membuat penampilan ke pasaran Malaysia? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured