More

    realme Pad 2 dilancar di Malaysia: Tablet dengan skrin 11.5″, cas pantas 33W, bateri 8,360mAh bermula RM1,299

    Selain melancarkan realme 11 5G pada hari ini, realme Malaysia turut melancarkan tablet realme Pad 2. Tablet ini mempunyai skrin berukuran 11.5 inci dengan resolusi 2K serta kadar segar semula 120Hz untuk pengalaman yang lebih lancar.

    Skrin tablet ini boleh menghasilkan 1 bilion warna untuk tontonan yang lebih mengasyikkan, serta O1 Ultra Visual Engine untuk siaran yang lebih mesra mata.

    Baterinya berkapasiti 8,360mAh yang menawarkan penggunaan sehingga 1,347 jam atau sekitar 56 hari dalam mod sedia (standby mode). Untuk mengecas pula, ia dilengkapi teknologi pengecasan pantas SUPERVOOC 33W yang mengambil masa 50 minit untuk mengecas daripada 1% kepada 50%.

    Bateri besar ini juga boleh digunakan untuk pengecasan berbalik, membenarkan pengguna untuk mengecas peranti lain melalui kabel data USB on-the-go (OTG).

    Untuk spesifikasi dalaman, ia terdiri daripada cipset MediaTek Helio G99 yang menyokong rangkaian 4G LTE. Memorinya terdiri daripada RAM 6GB atau 8GB dan boleh dibesarkan secara maya sehingga 16GB, selagi anda mempunyai storan yang cukup untuknya. Storannya pula ditawarkan dalam varian 128GB atau 256GB.

    Sistem operasinya adalah Android 13 dengan antara muka (UI) realme 4.0 yang menawarkan fungsi multi-tugas seperti Pencerminan Skrin, Penyegerakan Kandungan, Skrin Berpecah, Tetingkap Fleksibel, Bar Sisi Pintar, Mod Membaca dan banyak lagi.

    realme Pad 2 akan dijual di Malaysia pada harga RM1,299 (6GB+128GB) dan ditawarkan dalam warna hijau atau kelabu. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured