More

    realme Buds Air 5 dilancar di Malaysia: Fon telinga dengan ANC, pemacu 12.4mm, bateri 38 jam berharga RM299

    Selain melancarkan realme 11 5G pada hari ini, realme turut melancarkan sepasang fon telinga wayarles baharu iaitu realme Buds Air 5. Fon telinga ini menyokong pembatalan hingar aktif (active noise cancellation, ANC) sehingga 50dB bagi mengurangkan bunyi sekeliling yang masuk ke dalam telinga anda.

    Pembatalan hingar ini turut berfungsi sewaktu membuat panggilan telefon. Buds Air 5 dilengkapi enam mikrofon untuk membatalkan bunyi sekeliling dengan algoritma Bunyi Rangkaian Neural bagi merakam suara yang lebih jelas untuk panggilan telefon.

    Buds Air 5 menyokong fungsi Dolby Atmos serta mempunyai pemacu mega 12.4mm yang dinaik taraf untuk menawarkan bass penuh, medan bunyi luas dan vokal yang jelas. Ia boleh dihubungkan dengan telefon atau peranti lain melalui Bluetooth 5.3 untuk transmisi pantas dan kependaman rendah 45 milisaat.

    realme mengatakan baterinya boleh bertahan sehingga tujuh jam dengan pengecasan selama 10 minit. Jika dicas sehingga penuh, ia boleh bertahan sehingga 38 jam.

    Rekaannya mempunyai pengiktirafan kalis air IPX5 dan pilihan warna biru dan putih. Ia akan dijual di Malaysia pada harga RM299 dan boleh dibeli daripada laman rasmi realme dalam Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fon telinga ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured