More

    Google Pixel 8 dan Pixel 8 Pro akan dilancar pada 4 Oktober 2023

    Pelbagai informasi tentang siri telefon pintar Google Pixel 8 telah pun mula tertiris sejak bulan lalu dan kini kita akhirnya mempunyai maklumat rasmi berkenaan pelancarannya. Menurut pengulas teknologi Marques Brownlee, Google akan menganjurkan acara untuk melancarkan produk Pixel yang seterusnya pada hari Rabu, 4 Oktober 2023.

    Beliau dan ahli-ahli media di Amerika Syarikat telah mula mendapat jemputan untuk menghadiri acara tersebut. Google dijangka akan melancarkan banyak produk Pixel pada hari itu, termasuklah jam tangan Pixel Watch 2 yang baru sahaja mendapat pengiktirafan daripada agensi kerajaan FCC Amerika Syarikat.

    Pixel 8 dijangka bakal mempunyai rekaan yang serupa dengan Pixel 7 sebelum ini, dengan jalur berwarna hitam di belakang untuk menempatkan kamera. Spesifikasi yang dikhabarkan termasuklah skrin OLED 6.7 inci dengan kadar 120Hz, cipset Tensor G3, RAM 12GB, storan 128GB atau 256GB, bateri 4,950mAh dan pengecasan pantas 27W.

    Kameranya mungkin terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 64MP dan kamera telefoto 48MP. Sebelum ini, rekaannya telah tertiris buat sementara melalui sebuah gambar di laman web Google Store, namun gambar itu kini telah dipadamkan.

    Selain Pixel 8, Google dijangka akan turut melancarkan sistem operasi Android 14. Seperti pelancaran telefon-telefon Pixel sebelum ini, anda boleh menjangkakannya untuk dilancar di Amerika Syarikat terlebih dahulu, kemudian ia akan ditawarkan di beberapa negara sahaja seperti Singapura.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Pixel 8 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured