More

    HUAWEI Mate 60 Pro dilancar: OLED 6.82″ 120Hz, tri-kamera 50MP, cas pantas 88W bermula ~RM3,500

    Baru-baru ini, HUAWEI telah melancarkan siri telefon pintar andalan terbaharu di China iaitu siri Mate 60 yang terdiri daripada HUAWEI Mate 60 dan HUAWEI Mate 60 Pro. Telefon ini dilancarkan tanpa sebarang acara pelancaran yang gah, sebaliknya HUAWEI sekadar membuka pra-tempahan dalam laman e-dagang Vmall.

    Mate 60 Pro dilengkapi skrin LTPO OLED 10-bit berukuran 6.82 inci dengan resolusi 2,720×1,260 dan kadar segar semula 120Hz. Kacanya juga dibuat dengan Kunlun Glass generasi kedua untuk ketahanan yang lebih tinggi berbanding Mate50 Pro.

    Menariknya, skrin ini menempatkan tiga kamera swafoto yang terdiri daripada kamera swafoto ultra-lebar 13MP serta sensor dan laser untuk pengimbasan muka 3D dan fungsi Face ID.

    Di belakang, ia mempunyai kamera utama 50MP dengan penstabilan imej optikal (OIS) dan sensor autofokus phase-detect (PDAF), kamera ultra-lebar 12MP dan kamera telefoto 48MP. Kamera ini mempunyai pemprosesan XMAGE untuk menghasilkan kualiti gambar yang cantik.

    HUAWEI tidak menyatakan jenis cipset yang digunakan dalam Mate 60 Pro, namun mereka menjelaskan bahawa ia dilengkapi bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 88W, pengecasan wayarles 50W dan pengecasan wayarles berbalik 20W.

    Mate 60 Pro juga menyokong fungsi hubungan satelit di mana pengguna boleh memanfaatkannya untuk menghantar mesej ringkas atau panggilan telefon untuk tujuan kecemasan. Ini adalah telefon pertama yang menggunakan sistem operasi HarmonyOS 4.0.

    Reka bentuknya mempunyai sudahan dwi-tona di bahagian belakang dan ditawarkan dalam pilihan warna putih, hijau, ungu dan hitam. Ia dijual dalam satu sahaja varian memori iaitu 12GB+512GB pada harga CNY6,999 (~RM4,460).

    Sementara itu, Mate 60 pula mempunyai skrin OLED 6.69 inci dengan kadar segar semula 120Hz dalam resolusi 2,688×1,216. Varian ini mempunyai satu sahaja kamera swafoto iaitu kamera 13MP yang berada dalam lubang punch hole.

    "
    "

    Di belakang, ia mempunyai kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 12MP dan kamera telefoto 12MP. Cipsetnya juga tidak diketahui, namun apa yang disahkan ialah kapasiti baterinya iaitu 4,750mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W, pengecasan wayarles 50W dan pengecasan wayarles berbalik 7.5W.

    Untuk memori, RAM ialah 12GB manakala storannya sehingga 1TB. Rekaan belakangnya mempunyai dua tona yang serupa dengan Mate 60 Pro, dan ditawarkan dalam pilihan warna hitam, putih dan ungu. Ia akan dijual di China pada harga bemula CNY5,499 (~RM3,500) untuk varian 12GB+256GB.

    Setakat ini masih tiada maklumat sama ada telefon ini akan dilancarkan untuk pasaran antarabangsa. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured