More

    Pengguna kad Maybank Petronas Visa kini boleh nikmati sehingga 8x mata dan pulangan tunai dengan Setel

    Setel iaitu aplikasi pembayaran petrol di Malaysia mengumumkan ketersediaan faedah TreatsPoints dan ganjaran pulangan tunai untuk pelanggan yang membuat pembayaran petrol menggunakan kad kredit Maybank PETRONAS Visa melalui aplikasi Setel.

    Mulai 1 September 2023, pengguna Maybank PETRONAS Visa Platinum dan Gold dapat menikmati 5x TreatsPoints pada hari bekerja dan 8x TreatsPoints pada hujung minggu. Pengguna perlu memautkan kad kredit dan membuat pembayaran petrol melalui aplikasi Setel.

    Pulangan tunai pula akan ditawarkan kepada pengguna Maybank Islamic PETRONAS Ikhwan Visa Platinum dan Gold Credit Card-i dengan setiap pembayaran petrol yang dibuat menggunakan kad kredit yang telah dipautkan di aplikasi Setel.

    Pengguna kini akan menerima sebanyak 8% pulangan tunai dengan setiap pembayaran petrol yang dilakukan pada hujung minggu dan sebanyak 1% pulangan tunai pada hari bekerja. Dengan had bulanan pulangan tunai sebanyak RM50, pengguna dapat memaksimumkan penjimatan untuk perbelanjaan petrol.

    Untuk maklumat lanjut mengenai ganjaran di atas dan ganjaran menarik yang lain, sila layari laman rasmi Maybank di sini dan laman rasmi Setel di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured