More

    HONOR X6a & X5 Plus dilancar di Malaysia: Helio G36, skrin IPS 6.56″ dan bateri 5,200mAh bermula RM449

    Pada hari ini, HONOR Malaysia mengumumkan dua telefon bajet baharu iaitu HONOR X6a dan HONOR X5 Plus. HONOR X6a berharga RM599 manakala bagi varian X5 yang baru, ia ditawarkan pada harga RM449.

    HONOR X6a dilengkapi dengan paparan IPS 90Hz 6.56 inci bersama kamera swafoto 5MP di bahagian tengah atas. Sistem kamera belakangnya pula terdiri daripada kamera utama 50MP, sensor kedalaman dan makro. Keistimewaan lain adalah bateri 5,200mAh dengan teknologi SuperCharge 22.5W.

    Varian tempatan ini mempunyai kapasiti RAM 6GB + ROM 128GB yang dikuasakan oleh cipset MediaTek Helio G36. HONOR RAM Turbo dan RAM Expansion juga disertakan, selain daripada penambah ruangan melalui kad mikroSD sehingga 1TB. Di sisi lain, HONOR X5 Plus agak serupa dengan X6a tetapi dengan perbezaan seperti penggunaan teknologi cas pantas 10W dan memori 4GB + 64GB yang lebih rendah.

    Berikut adalah spesifikasi ringkas HONOR X6a dan HONOR X5 Plus:

    HONOR X6a
    • Cipset MediaTek Helio G36
    • RAM 6GB + ROM 128GB
    • Paparan TFTLCD 90Hz 6.56 inci
    • Tri-kamera belakang: Kamera utama 50MP +sensor kedalaman + sensor makro
    • Kamera swafoto 5MP
    • Bateri 5,200mAh dengan pengecasan SuperCharge 22.5W
    • MagicOS 7.1 berdasarkan Android 13
    • Spesifikasi lain: 4G, dwi-SIM, NFC, bicu audio 3.5mm

    HONOR X5 Plus

    • Cipset MediaTek Helio G36
    • RAM 4GB + ROM 64GB
    • Paparan TFTLCD 90Hz 6.56 inci
    • Dwi-kamera belakang: Kamera utama 50MP +sensor kedalaman
    • Kamera swafoto 5MP
    • Bateri 5,200mAh dengan pengecasan SuperCharge 22.5W
    • MagicOS 7.1 berdasarkan Android 13
    • Spesifikasi lain: 4G, dwi-SIM, NFC, bicu audio 3.5mm

    HONOR X6a boleh didapati dalam warna Sky Silver dan Midnight Black manakala HONOR X5 Plus boleh didapati dalam warna Cyan Lake. Untuk semua berita terkini tentang HONOR dan pelancaran mereka, anda boleh lawati laman web rasmi HONOR di sini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured