Pelanggan PETRONAS Shop hari ini boleh menggunakan mata ganjaran Mesra sebagai kaedah pembayaran baharu apabila membeli- belah secara dalam talian bagi barangan PETRONAS melalui aplikasi Setel. Mata ganjaran yang dikumpul boleh digunakan untuk mengisi petrol di stesen PETRONAS dan membuat pembelian di Kedai Mesra.
Ini merupakan penambahbaikan untuk menggunakan Setel Wallet bagi membayar barangan di seluruh stesen minyak PETRONAS, rakan-rakan runcit dan kedai-kedai dalam talian. Semasa membeli di PETRONAS Shop, anda hanya perlu memilih mata ganjaran Mesra sebagai cara pembayaran dan perlu menambah nilai jika baki mata ganjaran tidak mencukupi.
Sebagai usaha untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setia, PETRONAS Shop telah memperkenalkan tawaran istimewa untuk ahli Mesra peringkat Junior ke Hero diaplikasi Setel pada awal tahun ini. Para pelanggan tersebut dapat memperoleh akses eksklusif dan diskaun bergantung pada kategori keahlian mereka.
Bersempena dengan pelancaran ini, PETRONAS Shop akan mengadakan peraduan di mana 10 pelanggan pertama yang menebus sebanyak 30,000 mata ganjaran Mesra di PETRONAS Shop berpeluang memenangi 10,000 mata ganjaran Mesra tambahan. Peraduan ini berlangsung dari 8 September hingga 17 September 2023.
Untuk maklumat lanjut mengenai PETRONAS Shop di Setel, Program Kesetiaan Mesra dan peraduan tebus mata ganjaran Mesra, sila klik di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







