More

    HUAWEI Mate X5 dilancarkan, rekaan serupa Mate X3 dengan bateri lebih besar

    HUAWEI baru-baru ini telah memperkenalkan Mate 60 5G dan Mate 60 Pro 5G di China dan kini, syarikat itu sekali lagi melancarkan peranti baharu HUAWEI Mate X5. Bermula dari hadapan, ia mempunyai paparan luaran OLED LTPO 6.4 inci yang menawarkan resolusi 2504 x 1080 piksel, nisbah aspek 20.9:9, kadar pensampelan sentuhan sehingga 300Hz dan kaca Kunlun.

    Pada bahagian dalam, peranti ini menampilkan paparan OLED LTPO boleh lipat 7.85 inci yang menghasilkan resolusi 2496 x 2224 piksel, nisbah aspek 8:7.1 dan kadar pensampelan sentuhan sehingga 240Hz.

    Kedua-dua skrin juga menyokong kadar penyegaran 1Hz-120Hz, warna 10-bit, gamut warna P3 dan pemalapan frekuensi tinggi 1440Hz. Untuk keselamatan, ia mempunyai pengimbas cap jari pada bahagian sisi. Tiada maklumat tentang cipset yang menjana kuasa HUAWEI Mate X5 tetapi ia berkemungkinana besar ialah Kirin 9000s yang turut hadir dalam siri Mate 60.

    Ia dilengkapi dengan RAM 16GB dan storan 512 GB. Mate X5 mempunyai kamera 8MP di bahagian hadapan. Kamera belakangnya mempunyai kamera utama 50MP, ultra lebar 13MP dan telefoto periskop 12MP dengan sokongan OIS. Peranti ini beroperasi menggunakan Harmony OS 4.0 dan baterinya berkapasiti 5,060mAh menyokong pengecasan berwayar 66W dan wayarles 50W. 

    Ciri-ciri lain yang tersedia pada Mate X5 termasuk dwi SIM, slot kad NM, Wi-Fi 802.11ac, Bluetooth 5.2, GPS, GPS dwi-frekuensi, NFC, USB-C (USB 3.1 Gen 1), sambungan satelit dua hala dan rintangan air IPX8. Peranti ini berukuran 156.9 x 72.4 x 11.08 mm dalam keadaan terlipat dan 156.9 x 141.5 x 5.3mm dalam keadaan tidak dilipat. 

    Peranti ini mempunyai berat sekitar 245 gram. HUAWEI Mate X5 hadir dalam dua varian iaitu storan 12/512GB dan storan 16/512 GB. Ia datang dalam warna seperti Feather Black, Feather White, Feather Gold, Green Mountain Dai dan Phantom Purple. HUAWEI juga menawarkan Mate X5 Collector’s Edition dalam varian storan 16/512 GB atau storan 16/1TB.

    Harga siri Mate X5 masih belum disahkan dan pada masa ini tiada maklumat mengenai ketersediaannya untuk pasaran global. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured