fbpx
More

    GoPro HERO12 Black dilancar di Malaysia: Kamera tahan lasak dengan rakaman 5.3K, HyperSmooth 6.0 berharga RM1,999

    GoPro Malaysia telah melancarkan kamera aksinya yang terbaru iaitu GoPro HERO12 Black. Kamera ini mempunyai reka bentuk yang tahan lasak untuk kegunaan dalam pelbagai sukan serta menawarkan beberapa penambahbaikan berbanding generasi sebelumnya.

    Kamera ini boleh merakam dalam resolusi sehingga 5.3K, dengan nisbah aspek 8:7 untuk memberikan perspektif yang lebih luas sewaktu merakam video menegak atau melintang. Ia juga mempunyai fungsi penstabilan HyperSmooth 6.0 yang boleh menstabilkan video walaupun dalam situasi yang mempunyai gegaran ekstrem.

    Satu mod baharu ialah Vertical Capture Mode yang akan merakam video dalam nisbah aspek 9:16 jika kamera itu didirikan secara menegak. Untuk rakaman gerak perlahan (slow motion) pula, ia boleh memperlahankan video sehingga 8x dalam resolusi 2.7K.

    GoPro mengatakan baterinya boleh bertahan sehingga 70 minit jika merakam secara berterusan dalam resolusi 5.3K 60fps, atau sehingga 155 minit jika merakam dalam 1080p 30fps.

    Jika anda ingin merakam dengan sudut penglihatan yang lebih luas, ia boleh digabungkan dengan lensa aksesori Max Lens Mod 2.0 untuk medan penglihatan seluas 177°.

    Max Lens Mod 2.0
    HERO12 Black Creator Edition

    Beberapa fungsi baharu yang diperkenalkan termasuklah kebolehan untuk HERO12 Black digunakan bersama Apple AirPods atau lain-lain aksesori audio wayarles Bluetooth supaya ia boleh digunakan sebagai mikrofon sewaktu merakam.

    Ia juga membenarkan timecode syncs untuk suntingan mudah dalam Final Cut Pro, Adobe Premier dan lain-lain perisian suntingan video.

    GoPro HERO12 Black akan dijual di Malaysia pada harga RM1,999, manakala aksesori Max Lens Mod 2.0 akan dijual pada harga RM519. Edisi HERO12 Black Creator Edition pula akan dijual pada harga RM2,999.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kamera ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Redmi Note 13R dilancar: SD 4 Gen 2 dan skrin 120Hz bermula ~RM907

    Selepas mengeluarkan Redmi Note 13R Pro tahun lepas, anak syarikat Xiaomi kini melancarkan varian standard peranti tersebut iaitu Redmi Note 13R di...

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Samsung Galaxy Z Fold6 muncul dalam Geekbench dengan Snapdragon 8 Gen 3, RAM 12GB

    Peranti boleh lipat Samsung Galaxy generasi seterusnya akan dikeluarkan pada 10 Julai dan kini, salah satu telefon pintar dalam barisan tersebut telah...

    Twitter secara rasmi telah tamat, beralih kepada domain X.com

    Landskap media sosial telah mengalami perubahan ketara dengan peralihan lengkap Twitter kepada X. Ini berikutan langkah besar yang dimulakan oleh pengambilalihan Elon...

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X