More

    KKD: 47,000 telefon akan tiba pada minggu ini untuk Pakej 5G RAHMAH

    Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil berkata sejumlah 47,000 set telefon pintar jenama Samsung dan HONOR akan tiba di Malaysia pada minggu ini bagi membantu rakyat untuk memiliki telefon pintar 5G pada harga mampu milik.

    Ini adalah sebahagian daripada inisiatif Pakej 5G RAHMAH dan akan diedarkan kepada pusat pengedaran syarikat telekomunikasi. Menurutnya, jumlah tersebut adalah mencukupi untuk rakyat dan ia akan dipantau oleh syarikat telekomunikasi untuk memastikannya terus mencukupi.

    Pakej 5G RAHMAH telah diperkenalkan pada awal Ogos lalu, di mana ia menawarkan pelan data 5G mampu milik menggunakan telefon jenama Samsung dan HONOR yang berharga kurang daripada RM240. Penerima pakej itu boleh melanggan kepada pelan pascabayar serendah RM60 sebulan dengan data minimum 60GB, manakala kontrak langganan akan berlangsung selama 24 bulan.

    Dua model telefon yang terlibat dalam pakej ini termasuklah Samsung Galaxy A14 5G dan HONOR 90 Lite 5G.

    Baru-baru ini, Fahmi telah melengkapkan lawatan rasmi di Korea Selatan di mana beliau turut berbincang dengan pihak Samsung Electronics bagi menyediakan peranti 5G yang mampu milik kepada rakyat Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan pakej ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured