More

    Apple Watch Series 9 dan SE dilancar: Cip S9, skrin 2000 nits dan ciri ‘Double Tap’ bermula RM1,199

    Hari ini, Apple telah melancarkan jam tangan pintar baharu iaitu Apple Watch Series 9 dengan beberapa ciri baharu yang menarik dan perkakasan neutral karbon. Menarik sekali, Apple Watch kali ini dapat memudahkan anda melakukan tugasan seperti menjawab panggilan, menangkap gambar dan banyak lagi dengan ciri ‘Double Tap’ (ketik dua kali).

    Apple Watch Series 9 baharu menawarkan saiz skrin yang sama seperti pendahulunya iaitu 41mm dan 45mm. Ia juga menawarkan paparan Sentiasa Hidup (Always-On) pada 1 nits dan boleh meningkat sehingga 2000 nits semasa penggunaan. Seperti Apple Watch Series 8, ia juga menyokong pengesanan kemalangan yang membantu anda menghubungi nombor kecemasan secara automatik.

    Kemudian, ia dilengkapi dengan cip S9 SiP memberikan prestasi GPU 30% lebih baik daripada pendahulunya dan membolehkannya bertahan selama 18 jam. Kelilingnya pula dilengkapi oleh bingkai aluminium memastikan jam tahan karat dan tahan lasak.

    Dalam pada itu, terdapat pelbagai ciri baharu termasuk ‘Pin Your iPhone’ yang berfungsi sama seperti ‘Find My’ pada iPhone anda. Ia dapat mengesan dapat mengesan iPhone dan Home Pod anda dari jarak sekitar 20 meter. Anda boleh menghidupkan ciri Siri pada jam pintar kali ini untuk memudahkan tugasan anda tanpa perlu menyentuh jam pintar.

    WatchOS 10 yang akan datang juga akan membolehkan anda melakukan penurunan nama dari jam tangan ke jam tangan, dan ia dilengkapi dengan tali FineWoven baharu yang mempunyai kurang jejak karbon daripada kulit.

    Seperti yang dinyatakan di atas, jam pintar ini mempunyai ciri ‘Double Tap’ di mana anda boleh menjawab panggilan, mematikan panggilan, memainkan muzik atau video, tunda penggera dan macam-macam lagi dengan hanya ketik jari telunjuk ke ibu jari anda sebanyak dua kali. Teknologi ini dapat dibangunkan hasil sokongan enjin saraf S9 yang terdapat pada jam pintar ini.

    Selain itu, peranti kali ini merupakan produk neutral karbon pertama yang dihasilkan oleh Apple yang turut menunjukkan usaha syarikat gergasi ini dalam menyelamatkan alam sekitar dengan cara yang bersih dan selamat.

    Kerjasama bersama Hermès
    Kerjasama bersama Nike

    Ia membawa warna MidnightStarlightperak(PRODUCT) merah dan merah jambu berharga dari RM1,899 untuk varian GPS manakala 3,299 untuk varian GPS + selular (keluli tahan karata) yang akan mula berada dalam pasaran pada 22 September 2023. Seperti tahun lepas, Apple mengumumkan kerjasamanya bersama Nike dan Hermès memberikan antara muka jam baharu dan tali dengan corak mengikut gaya terkini.

    "
    "

    Apple Watch SE turut dilancarkan pada ukuran 40mm dan 44mm bermula pada harga RM1,199 dengan empat jenis pilihan tali iaitu Sport loop, Braided Solo loop, Solo loop dan Sport Band. Hampir kesemua ciri yang terdapat pada Apple Watch series 9 boleh didapati pada Apple Watch SE kali ini.

    Layari laman web Apple Malaysia untuk maklumat lanjut tentang peranti boleh pakai ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...