fbpx
More

    MOSTI kaji kebolehlaksanaan pembangunan tapak pelancaran ke angkasa lepas

    Dalam usaha untuk menerokai peluang-peluang ekonomi baharu, Kementerian Sains, Teknologi dan inovasi (MOSTI) melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) sedang membangunkan garis panduan kajian kebolehlaksanaan pembangunan tapak pelancaran ke angkasa lepas.

    MOSTI percaya bahawa Malaysia mempunya potensi yang besar untuk turut terlibat dalam pembangunan kemudahan pelancaran angkasa lepas (space launching facility). Jika ianya menjadi realiti, kemudahan yang dibangunkan akan menjadi yang ke-16 di dunia dan akan meletakkan Malaysia menjadi negara kesembilan memiliki fasiliti tersebut.

    Keunikan geografi Malaysia yang terletak berhampiran garisan Khatulistiwa memberikan kelebihan kepada negara untuk membangunkan perkhidmatan fasiliti pelancar dengan kos operasi yang jauh lebih kompetitif. Setakat ini, MYSA sedang mengadakan sesi libat urus dengan beberapa pihak dan industri yang berminat untuk membangunkan kemudahan ini.

    Penglibatan kerajaan dalam industri ini dianggarkan akan menyumbang kepada pembangunan ekonomi angkasa dengan nilai RM10 bilion menjelang 2030 di samping pertumbuhan 500 syarikat pemula teknologi berkaitan angkasa, seterusnya mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan.

    Selain itu, MOSTI juga sedang merangka Program Pembangunan Satelit Penderiaan Jauh Negara (PSPJN) menerusi strategi perkongsian awam dan swasta (Public Private Partnership) yang dijangka bermula pada tahun 2026. Program ini adalah penting bagi memastikan kesinambungan pemilikan data-data strategik negara yang mana ia turut menyokong keberkesanan operasi 50 buah pakej sistem aplikasi yang telah dibangunkan oleh MYSA.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer umum PC Copilot+ pertama, komputer riba Swift 14 AI berharga ~RM5,155

    Acer telah melancarkan PC Copilot+ pertamanya, komputer riba Swift 14 AI dengan kerjasama Microsoft dan Qualcomm Technologies untuk membawa kepada era baharu...

    Copilot+ dilancar dengan komputer riba dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon X Elite, X Plus

    Qualcomm mengotakan janjinya dengan pelancaran cipset Snapdragon X Elite dan Snapdragon X Plus untuk PC pada tahun ini. Microsoft dan pengeluar global...

    Tempahan smart #3 kini dibuka di Malaysia bersama pengumuman harga baharu smart #1

    smart Malaysia telah memperkenalkan smart #3 SUV Coupe dalam program Malaysia Autoshow 2024 di MAEPS Serdang dan sedia untuk menerima tempahan daripada...

    Samsung perkenalkan Galaxy Book4 Edge Series dengan cip Snapdragon X Elite, paparan AMOLED 120Hz

    Samsung telah melancarkan Galaxy Book4 Edge Series iaitu barisan baru komputer riba Windows on Arm yang menampilkan cipset Qualcomm Snapdragon X Elite....

    Harga vivo V30 5G turun secara tetap, kini bermula RM1,899

    vivo Malaysia telah mengumumkan penurunan harga pasaran untuk telefon pintar kelas pertengahan vivo V30 5G yang asalnya dilancar pada bulan Mac lalu.

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X