More

    OPPO A2 Pro dilancar: Dimensity 7050, skrin AMOLED 120Hz 6.7″ dan bateri ‘istimewa’ bermula ~RM1,160

    OPPO melancarkan peranti siri A terbarunya iaitu A2 Pro awal hari ini di China. Ia membawakan skrin FHD+ AMOLED 6.7 inci melengkung dengan kadar penyegaran 120Hz dan dilengkapi dengan cipset MediaTek Dimensity 7050.

    Mengikut OPPO, A2 Pro hadir dengan bateri berkapasiti 5,000 mAh yang akan bertahan sekurang-kurangnya 4 tahun selepas pembelian. Jika kesihatan bateri jatuh bawah 80% dalam tempoh 4 tahun dari tarikh pembelian, OPPO akan menawarkan penggantian bateri percuma.

    Berdasarkan ujian OPPO, bateri itu mengekalkan 88% daripada kapasiti asalnya selepas 1,000 kitaran pengecasan yang sepatutnya cukup untuk mengendalikan satu cas sehari selama empat tahun sebelum ia jatuh di bawah 80%. 

    Baterinya menyokong pengecasan berwayar 67W dan memiliki enjin kesihatan bateri serta cip kuasa yang memantau pengecasan, mengelakkan haba berlebihan dan pengecasan berlebihan. A2 Pro dilengkapi dengan RAM sehingga 12GB dan storan UFS 3.1 512GB. 

    Bahagian belakang menempatkan kamera utama 64MP (apertur f/1.7, piksel 0.7µm) dan kamera kedalaman 2MP. Sistem operasi menggunakan ColorOS 13.1 berdasarkan Android 13. Ciri lain termasuk penarafan rintangan air dan habuk IP54 serta pengimbas cap jari dalam paparan.

    OPPO A2 Pro tersedia dalam pilihan warna Vast Black, Desert Brown dan Twilight. Untuk harga, varian 8/128GB berharga CNY 1,799 (~RM1,160) manakala varian 12/512GB berharga CNY 2,399 (~RM1,545). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat telefon pintar ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: OPPO

     

    Artikel Terkini

    Lepas 10 tahun guna logo sama, Instagram akhirnya buat perubahan besar

    Instagram secara rasmi memperkenalkan reka bentuk logo teks (wordmark) baharu yang memaparkan nama platform tersebut pada bahagian atas aplikasi. Penukaran ini merupakan...

    nubia A77 5G tiba di Malaysia dengan Unisoc T8300 Ultimate dan skrin 120Hz berharga...

    nubia secara rasmi melancarkan peranti kelas pertengahan baharu iaitu nubia A77 5G untuk pasaran tempatan. Telefon pintar ini dibangunkan sebagai pilihan peranti...

    Google Pixel Watch 5 dan Pixel Tag dilancar dengan harga bermula RM139

    Google secara rasmi melancarkan jam pintar Pixel Watch 5 dan peranti penjejak pintar pertama mereka, Pixel Tag. Pixel Watch 5 hadir dalam...

    Google Pixel 11 Pro Fold turut rasmi dengan dengan cip Tensor G6 dan IP68...

    Selain siri Pixel 11 standard, Google turut mengumumkan telefon pintar boleh lipat baharu Pixel 11 Pro Fold untuk pasaran Malaysia. Peranti ini...

    Google Pixel 11 rasmi di Malaysia dengan cip Tensor G6 dan lampu HiLight LED...

    Google secara rasmi melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di Malaysia yang merangkumi Pixel 11, Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured