More

    Siri Samsung Galaxy S24 muncul pada pensijilan 3C dengan butiran pengecasan pantas

    Samsung sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan telefon pintar siri Galaxy generasi akan datang pada awal tahun hadapan. Spekulasi sebelum ini mengatkan bahawa model Galaxy S24 Ultra mungkin mengalami beberapa peningkatan untuk perkakasan kamera.

    Sementara itu, barisan lengkap Galaxy S24 baru-baru ini muncul pada pensijilan 3C mendedahkan keupayaan pengecasan pantas. Menurut pensijilan 3C terkini, model asas Galaxy S24 (SM-S9210) akan menyokong pengecasan pantas 25W manakala Galaxy S24+ (SM-S9260) dan Galaxy S24 Ultra (SM-S9280) akan menyokong pengecasan pantas 45W. 

    Mengikut penyenaraian, nampaknya tiada peningkatan akan datang pada kelajuan pengecasan. Galaxy S24 Ultra dikhabarkan akan mempunyai kamera utama 200MP, telefoto 50MP dan periskop 10MP di bahagian belakang. Kita boleh menjangkakan siri Galaxy S24 bakal dilancarkan dengan cipset Snapdragon 8 Gen 3 atau Exynos 2400 bergantung pada pasaran. 

    Ada kemungkinan bahawa Samsung akan memesan cipset Snapdragon 8 Gen 3 tersuai untuk perantinya seperti yang mereka lakukan dengan barisan S23. Pilihan storan mungkin berbeza-beza dengan Galaxy S24 dan S24+ menawarkan storan dalaman sehingga 512GB manakala Galaxy S24 Ultra mungkin mempunyai storan dalaman 1TB.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Galaxy S24 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MySmartPrice

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured