More

    vivo T2 Pro akan dilancar pada 22 September 2023, bakal dilengkapi cipset Dimensity 7200

    vivo bakal melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru di India iaitu vivo T2 Pro pada hari Jumaat, 22 September 2023. vivo juga sudah mengesahkan beberapa spesifikasi utama untuk telefon ini, seperti cipsetnya yang akan menggunakan MediaTek Dimensity 7200.

    Dengan cipset tersebut, vivo mengatakan vivo T2 Pro adalah telefon terpantas untuk kategori harganya. Rekaannya juga telah dikongsi oleh vivo, di mana ia mempunyai rekaan yang sangat serupa dengan iQOO Z7 Pro.

    Jika vivo T2 Pro merupakan iQOO Z7 Pro yang dijenamakan semula, telefon ini akan mempunyai skrin AMOLED beurkuran 6.78 inci dengan resolusi Full HD+ dan kadar segar semula 120Hz, RAM 8GB, storan dalaman 256GB, bateri 4,600mAh, pengecasan pantas 66W dan sistem operasi Android 13.

    Kameranya terdiri daripada kamera utama 64MP dengan OIS dan EIS dan sensor kedalaman 2MP, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 16MP.

    Setakat ini masih tiada maklumat mengenai pelancarannya untuk pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Lepas 10 tahun guna logo sama, Instagram akhirnya buat perubahan besar

    Instagram secara rasmi memperkenalkan reka bentuk logo teks (wordmark) baharu yang memaparkan nama platform tersebut pada bahagian atas aplikasi. Penukaran ini merupakan...

    nubia A77 5G tiba di Malaysia dengan Unisoc T8300 Ultimate dan skrin 120Hz berharga...

    nubia secara rasmi melancarkan peranti kelas pertengahan baharu iaitu nubia A77 5G untuk pasaran tempatan. Telefon pintar ini dibangunkan sebagai pilihan peranti...

    Google Pixel Watch 5 dan Pixel Tag dilancar dengan harga bermula RM139

    Google secara rasmi melancarkan jam pintar Pixel Watch 5 dan peranti penjejak pintar pertama mereka, Pixel Tag. Pixel Watch 5 hadir dalam...

    Google Pixel 11 Pro Fold turut rasmi dengan dengan cip Tensor G6 dan IP68...

    Selain siri Pixel 11 standard, Google turut mengumumkan telefon pintar boleh lipat baharu Pixel 11 Pro Fold untuk pasaran Malaysia. Peranti ini...

    Google Pixel 11 rasmi di Malaysia dengan cip Tensor G6 dan lampu HiLight LED...

    Google secara rasmi melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di Malaysia yang merangkumi Pixel 11, Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured