More

    Pilihan warna untuk Samsung Galaxy S23 FE tertiris, terdiri daripada empat warna

    Khabar angin untuk telefon pintar Samsung Galaxy S23 Fan Edition (FE) semakin rancak diperkatakan sejak beberapa minggu lalu dan ia dikhabar akan dilancarkan sekitar bulan ini. Selepas spesifikasi dan rekaannya tertiris pada minggu lalu, kini maklumat tentang pilihan warnanya pula telah tertiris.

    Sebuah poster yang menunjukkan empat pilihan warna untuk Galaxy S23 FE telah tertiris, terdiri daripada warna biru, hitam, putih dan hijau muda. Selain itu, ia nampak seperti Galaxy A54 kecuali pada bahagian rangka sisinya yang dibuat daripada besi.

    Samsung Galaxy A54

    Buat masa ini, spesifikasi yang telah dikhabarkan untuk Galaxy S23 FE termasuklah skrin AMOLED FullHD+ 6.3 inci, cipset lapan teras dengan kelajuan clock 2.99GHz, bateri 4,370mAh, tri-kamera 50MP+8MP+12MP, kamera swafoto 10MP, pengecasan pantas 25W, RAM 8GB dan storan dalaman 128GB atau 256GB.

    Cipsetnya masih tidak diketahui secara spesifik, namun ia dijangka adalah Exynos 2200 atau Snapdragon 8 Gen 1, bergantung kepada negara. Buat masa ini, Galaxy S23 FE telah mendapat pengiktirafan elektronik daripada kerajaan China dan Thailand.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MS Power User

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured