More

    KKD: 2 peranti satelit Starlink dipasang di Sarawak, 3 akan dipasang di Sabah

    Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Teo Nie Ching memaklumkan bahawa kementeriannya telah memasang dua buah peranti satelit Starlink di negeri Sarawak pada bulan ini bagi membantu penduduk untuk mendapatkan perkhidmatan internet di kawasan luar bandar. Dua peranti tersebut dipasang di Bau pada 6 September dan Julau pada 10 September.

    Dua peranti Starlink terbaru ini meningkatkan jumlahnya di seluruh negara kepada tujuh buat masa ini. KKD merancang untuk memasang 10 buah peranti tersebut di pelbagai lokasi dalam negara dan buat masa ini KKD sedang mengenal pasti lokasi strategik di Sabah untuk baki tiga lagi peranti.

    Pada Julai lalu, peranti Starlink yang pertama di Malaysia telah dipasang di UiTM Kuala Pilah, kemudian pemasangannya diteruskan lagi di Selangor, Johor, Perak dan Negeri Sembilan.

    Beliau berkata kos bagi satu unit peranti Starlink berspesifikasi tinggi itu bernilai RM11,613 dan ia berperanan sebagai pusat WiFi Hotspot yang boleh memberi liputan seluas 100 meter.

    Pada awal bulan ini, Nie Ching berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memasang peranti satelit Starlink di kawasan yang mempunyai capaian internet lemah. Suruhanjaya itu telah menempah 30 unit peranti tersebut dan setakat ini 10 daripada sudah pun diterima.

    Kerajaan mula bekerjasama dengan Starlink selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertemu dengan ahli perniagaan ternama Elon Musk untuk membincangkan peluang pelaburan dalam negara.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Sinar Harian

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured