More

    watchOS 10 hadir dengan muka jam baharu, widget dan reka bentuk semula aplikasi

    Bersama-sama dengan iOS 17, Apple juga baru mengeluarkan kemas kini watchOS 10. watchOS 10 adalah versi terbaru sistem pengendalian jam pintar yang secara asasnya mengubah cara pengguna berinteraksi bersama Apple Watch dengan menggabungkan semula widget.

    Kemas kini ini tersedia untuk Apple Watch Series 4 dan ke atas. Widget baharu termasuk Tindanan Pintar (Smart Stack) yang Apple tambahkan pada iOS 14. Ia merupakan fungsi himpunan widget yang boleh disesuaikan melalui pembelajaran mesin untuk memaparkan widget yang mungkin pengguna mahu lihat dan gunakan.

    Ciri ini muncul apabila pengguna meleret ke atas dari bawah yang memaparkan widget dan ia merupakan sorotan ciri besar pada OS kali ini. Kelebihan kemas kini kali ini juga mengurangkan pengguna untuk menatal.

    Apple juga membuat beberapa penambahbaikan pada latihan berbasikal seperti segerakkan aktiviti langsung ke telefon apabila ia dipasang pada bar hendal anda. Peningkatan Siri dalam kemas kini kali ini juga membolehkan anda bertanya terus kepada Siri pada jam tangan tentang data Apple Health peribadi yang sebelum ini tidak boleh diakses.

    Sorotan kemas kini lain termasuk:

    • Teknologi jalur lebar ultra generasi kedua membawa penyepaduan yang lebih mendalam kepada Apple Watch dan HomePod. Apabila pengguna berada dalam jarak 4 meter dari HomePod, jika HomePod memainkan audio, Apple Watch secara automatik akan membuka aplikasi bermain untuk mengawal media.
    • Apabila Apple Watch berdekatan iPhone yang berpasangan, Peta Luar Talian menyediakan arah, anggaran masa ketibaan, lokasi dalam aplikasi Peta dan banyak lagi tanpa memerlukan sambungan Wi-Fi atau internet.
    • Pengguna kini boleh memainkan semula mesej video daripada panggilan FaceTime dan melihatnya terus pada Apple Watch. Selain itu, Apple Watch kini menyokong panggilan kumpulan FaceTime.
    • Aplikasi Medications juga boleh menghantar peringatan susulan apabila pengguna melebihi masa yang dijadualkan sebanyak 30 minit tanpa merekodkan ubat.

    Model yang serasi dengan watchOS 10:

    Kongsi pendapat anda tentang kemas kini watchOS 10 di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured