More

    HONOR V Purse dilancar: Telefon lipat dengan skrin 7.71″, rekaan mirip beg tangan bermula ~RM3,860

    HONOR telah melancarkan sebuah telefon lipat yang agak unik di China iaitu HONOR V Purse. Tidak seperti kebanyakan telefon lipat, telefon unik ini mempunyai skrin yang dilipat keluar untuk menghasilkan skrin yang lebih besar.

    Satu ciri menarik pada telefon ini adalah ia boleh dipasangkan dengan rantai, kemudian ia boleh digantung atau dipegang seperti sebuah beg tangan. Memandangkan skrinnya dilipat ke luar, pengguna boleh mengaktifkan corak yang membuatkan telefon ini nampak seperti beg tangan mewah.

    Apabila dibuka, skrinnya berukuran 7.71 inci dengan resolusi 2348×2016 dan nisbah aspek 10.5:9. Apabila dilipat, bahagian hadapannya mempunyai skrin berukuran 6.45 inci dengan resolusi 2348×1088 dan nisbah aspek 19.4:9. Ia menggunakan panel OLED 10-bit dengan warna DCI-P3, kecerahan puncak 1,600 nits dan kadar segar semula 90Hz.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Qualcomm Snapdragon 778G, RAM 16GB, storan dalaman 256GB atau 512GB, bateri 4,500mAh dan pengecasan pantas 35W. Ia dihubungkan dengan port USB-C.

    Untuk fotografi, kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP dan kamera ultra-lebar 12MP di belakang, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 8MP.

    HONOR V Purse akan dijual di China pada harga bermula CNY6,000 (~RM3,860). Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: HONOR China

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Watch9 turut rasmi dengan harga bermula RM1,499

    Selain siri telefon lipat, Samsung juga melancarkan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 untuk pasaran Malaysia. Kedua-dua model...

    Samsung Galaxy Z Fold8, Fold8 Ultra dan Flip8 rasmi di Malaysia, harga bermula RM5,399

    Samsung secara rasmi melancarkan siri telefon pintar boleh lipat Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8 dan Galaxy Z Flip8 bagi pasaran...

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured