More

    HONOR X40 GT Racing Edition dilancar: SD 888, skrin LCD 6.81″ dan bateri 4,800mAh bermula ~RM1,154

    Hari ini, HONOR X40 GT Racing Edition dilancarkan menggunakan cipset Snapdragon 888, dilengkapi dengan memori LPDDR5, storan UFS3.1 dan peningkatan sistem penyejukkan hingga 13 lapisan yang dikatakan dapat meningkatkan keberkesanan penyejukan setanding dengan telefon gaming profesional.

    Selain itu, telefon ini turut dilengkapi dengan skrin LCD 6.81 inci yang menyokong kadar segar semula 144Hz, skrin sentuh yang sensitif dengan kadar penggera 480Hz dan menyokong ketepatan sentuhan 16 kali ganda untuk penggunaan gaming.

    Daripada segi bateri, ia dilengkapi dengan bateri 4,800mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W. Kuasa bateri meningkat sehingga 90% bateri dalam masa 30 minit, membolehkan bermain selama 2 jam dengan hanya 15 minit cas.

    HONOR X40 GT Racing Edition ini mempunyai kamera swafoto 16MP di bahagian hadapan, dan tri-kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 50MP, makro 2MP dan kedalaman 2MP. Telefon ini juga menyokong NFC dan pengimbas cap jari di tepi.

    Mengenai harga, telefon baru ini mempunyai harga yang sama seperti versi standard dengan versi 12GB+256GB dijual pada harga 1,799 yuan (~RM1,154) dan versi 12GB+512GB dijual pada harga 1,999 yuan (~RM1,282).

    Buat sementara ini, kami masih tidak ketahui kehadirannya ke pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Mydrivers

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured