More

    BNM: Tiada caj transaksi untuk DuitNow QR buat pengguna individu dan perniagaan kecil

    Berikutan isu tentang pengenalan caj untuk setiap transaksi DuitNow QR yang timbul baru-baru ini, Bank Negara Malaysia (BNM) menjelaskan bahawa pelanggan individu tidak akan dikenakan apa-apa caj tambahan untuk penggunaan DuitNow QR.

    Selain itu, perniagaan mikro dan kecil juga akan dikecualikan daripada caj transaksi menggunakan DuitNow QR. Menurut BNM, bank-bank utama dan para penyedia perkhidmatan kewangan terpilih telah mengumumkan bahawa mereka akan terus mengecualikan caj transaksi kepada perniagaan-perniagaan mikro dan kecil yang menerima pembayaran melalui DuitNow QR.

    BNM tidak menyenaraikan bank-bank tersebut secara spesifik. Buat masa ini, tiga bank telah mengumumkan inisiatif ini iaitu Maybank, Public Bank dan CIMB.

    Pihak pembangan DuitNow, PayNet, akan memperuntukkan sumber untuk membantu membiayai kos bagi meneruskan pengecualian penuh kepada perniaggan mikro dan kecil untuk caj transaksi DuitNow QR. Inisiatif ini diharap akan membantu perniagaan mikro dan kecil dalam menikmati perkhidmatan DuitNow QR tanpa perlu menanggung caj transaksi.

    Menurut definisi oleh Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia), perniagaan mikro ialah perniagaan yang mencatatkan jualan tahunan kurang daripada RM300,000 atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada lima orang.

    Buat perniagaan-perniagaan lain pula, BNM menjamin bahawa pembayaran secara QR kekal rendah seperti caj yang dikenakan ke atas pembayaran menggunakan kad debit, atau lebih rendah. Mereka juga tidak perlu membayar kos berulang untuk sewaan terminal jualan (point-of-sales, POS) bagi pembayaran berasaskan kad atau kos tambahan untuk overhed dan pentadbiran bagi mengendalikan pembayaran tunai.

    BNM turut menjelaskan bahawa mulai 1 Oktober 2023, caj transaksi untuk DuitNow QR akan mula dikenakan kepada perniagaan, selepas tamatnya tempoh pengecualian caj transaksi yang diperkenalkan pada 2019. Caj ini bertujuan untuk menampung kos dan pelaburan yang diperlukan oleh industri untuk menyeggara sistem pembayaran, kawalan keselamatan siber dan pencegahan penipuan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: BNM

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured